Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada hari ini tanggal 25 November 2012, bermula lah aksi bola sepak yang dinanti-nantikan oleh seluruh peminat bola sepak tanah air. Bermula lah perjuangan sebenar mereka apabila skuad kesayangan kita Harimau Malaya menentang pasukan Singapura di Stadium Bukit Jalil.

Sempena kemeriahan AFF Suzuki Cup 2012, penulis ingin membuat ulasan ringkas mengenai perlawanan yang akan berlangusng malam ini. Kedua-dua pasukan telah bertemu beberapa kali tahun ini dan juga pada sebelum ini, dengan perlawanan terakhir dimenangi pasukan kita 2-0. Namun rekod bukanlah dan tidak akan dijadikan ukuran sebenar ketika perlawanan. Biarpun ranking kedua-dua pasukan tidak begitu baik (Malaysia ranking 163 dan Singapura di ranking 164) namun aksi kedua-dua pasukan tetap menjadi perhatian. Berikut adalah beberapa perkara yang penulis rasakan sesuai untuk menewaskan pasukan Singapura.

1. Bermain tanpa rasa tekanan

Ini adalah intipati utama dalam mana-mana perlawanan dan suka untuk saya ingatkan perkara ini kerana ia boleh menjadi musuh & penentu kemenangan sesebuah pasukan. Pasukan Singapura mempunyai kelebihan dalam hal ini kerana mereka boleh bermain baik dan menyerap tekanan daripada penyokong Harimau Malaya, dengan mempunyai keyakinan yang tinggi. Ia terbukti apabila mereka berjaya memenangi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2012 secara agregat tahun lepas. Oleh itu, pasukan kita tidak perlu meletakkan sebarang tekanan walaupun keputusan perlawanan persahabatan tidak memihak kepada kita, kerana selalunya pada ketika tiada tekanan, kita mampu mempamer aksi yang baik serta keputusan yang diinginkan.

2. Kerap berkomunikasi di dalam padang.

Ini adalah satu perkara yang dilihat amat ketara berlaku dalam ketiga-tiga perlawanan persahabatan di mana tiada komunikasi antara pemain, terutamanya di barisan pertahanan. Kerap kali kesilapan berlaku di mana ia boleh dielakkan jika komunikasi antara pemain itu wujud. Penulis mencadangkan supaya untuk barisan pertahanan, penjaga gol memainkan peranan untuk berkomunikasi dengan pemain2 pertahanan supaya ada pemain pertahanan yang bergerak menjaga posisi masing-masing serta memerhatikan dan mengawal pergerakan penyerang lawan sebelum masuk ke kawasan penalti kita.

3. Sentiasa bergerak dari posisi asal.

Ini adalah sesuatu yang jelas berlaku apabila setiap kali hantaran dibuat, tidak ada ramai pemain naik ke atas dan kurang pemain turun bertahan. Konsep roaming bagi penulis adalah bergerak dari posisi asal, dan seperti mudahnya bermaksud menyerang sebagai satu unit dan bertahan seperti satu unit. Ia berkait rapat dengan kepentingan berkomunikasi kerana ia dilihat seperti pemain takut meninggalkan posisi mereka kerana takut tiada siapa berada untuk menjaga posisi mereka. Inilah konsep roaming dan komunikasi berlaku. Contohnya apabila Bunyamin naik ke atas Khyril bergerak ke bawah untuk cover, tetapi apabila Zubir naik ke atas, Kunalan juga berada di atas jadi posisi bek kiri itu kosong. Sekiranya Fadhli Shas cover posisi itu maka kuranglah pemain untuk mengawal barisan pertahanan apabila counter attack dilancarkan. Itu adalah antara konsep mudah roaming dan komunikasi. Satu contoh lagi ialah apabila kurangnya pemain serangan untuk naik ke atas termasuk pemain yang berada di tengah selepas membuat hantaran. Ia mengurangkan ancaman serangan kerana kerap kali tidak ramai pemain datang memberi bantuan sama ada untuk naik ke atas atau naik membuat gerakan serangan.

4. Percaturan taktikal secara kejutan

Ini telah beberapa kali disebut oleh penulis namun Dato K Rajagopal lebih selesa untuk bermain dengan formasi sama iaitu sama ada 4-4-2 atau 4-4-1-1. Secara jujurnya penulis berharap supaya Harimau Malaya bermain formasi 4-2-3-1 dengan Khairul Fahmi, Mahali, Aidil, Fadhli dan Azmi di barisan bawah, Gary steven dan shakir selaku defensive midfielder dan ball winning midfielder, matyo selaku Inside Forward sblah kanan, Safiq selaku attacking midfielder dan Khyril Muhymeen selaku left winger dan Safee Sali selaku Centre Forward.

Penulis tidak pasti sama ada corak permainan sama akan ditunjukkan dari segi pilihan pemain serta corak persembahan namun penulis berharap agar pemain beraksi baik, mengehadkan ruang untuk pemain Singapura membuat hantaran dan bergerak serta bermain sebagai satu unit ketika bertahan dan menyerang.

Ramalan penulis: Malaysia 2-0 Singapura

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s