Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

Pada kali ini penulis ingin mengupas isu yang sudah lama ingin ditulis, cuma belum ada kesempatan untuk menulis kerana ada isu yang lebih panas yang perlu dibincangkan (rujuk post-post sebelum ini). Penulis pada kali ini ingin melahirkan pendapat penulis mengenai pasukan-pasukan bola sepak liga Malaysia, bermula dengan edisi 1 iaitu pasukan-pasukan utara.

Seperti yang semua peminat maklum, pasukan utara Malaysia seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pernah satu ketika mencetuskan fenomena dalam dunia bola sepak kita. Mana tidaknya, sebelum ini mereka sering tampil bertenaga, memberi aksi meyakinkan, dibarisi pemain kebangsaan dan pemain import berkualiti dan paling penting sekali stadium keramat mereka pasti dipenuhi para peminat.

Kuasa pasukan bola sepak utara tidak dinafikan menggugat peluang pasukan-pasukan seperti Selangor, Sabah dan Pahang (bekas pasukan gergasi) yang sebelum ini digeruni, dan aksi mereka pastinya menjadi tumpuan. Hatta ada live sekali pun, stadium tetap penuh, biarpun di Stadium Shah Alam, Stadium Ipoh, Stadium Darul Aman Kedah, Stadium Utama Negeri Perlis dan Stadium Bandaraya (sekarang stadium batu kawan Pulau Pinang). Barisan pemain juga tidak kurang hebatnya di mana pasukan Perak dengan pemain seperti Azrul Amri Burhan, Ahmad Shahrul Azhar, Chan Kok Heng serta generasi Indra Putra Mahayuddin, Khalid Jamlus, V Saravanan dan Lazslo Repasi, pasukan Pulau Pinang dengan pemain import terkenal Merzagua Abdul Razak, pasukan Kedah dengan pemain seperti Che Zambil Ahmad, Nidzam Adzha Yusoff, pemain import seperti Nelson Sam Martin & Marlon Alex James dan pasukan Perlis dengan pemain bintang Yusri Che Lah & Philemon Chipeta. Menariknya adalah kesemua pasukan ini pernah merasai menjuarai kejohanan seperti Piala FA dan Piala Malaysia.

Namun, sekarang ini segalanya berubah begitu pantas. Sehingga kini, hanya pasukan Perak sahaja yang berada di divisyen atas, manakala Kedah beraksi di Liga Perdana, manakala pasukan Pulau Pinang dan Perlis tersungkur jatuh hingga ke Liga FAM. Pasukan Perak pula adalah pasukan yang cepat panas namun tidak mampu memberi aksi konsisten sehingga akhir musim. Memburukkan lagi keadaan, mereka juga gagal ke pusingan kalah mati Piala Malaysia tahun ini. Di mana silapnya?

Penulis berasakan bahawa masalah utama ialah kegagalan pihak pengurusan dalam menguruskan hal ehwal pasukan, di mana gaji pemain sering terabai dan tidak dibayar untuk tempoh yang lama. Pihak pengurusan seharusnya berusaha keras dalam mendapatkan sumber luar kewangan seperti mencari sumber penajaan luar seperti yang dilakukan oleh pasukan Kelantan ketika ini. Oleh itu, mereka seharusnya mengubah dan mencari sumber kewangan lain dengan menubuhkan syarikat berhad bagi menjana pengurusan bola sepak dengan tidak mengharapkan sumber kewangan dari FAM dan kerajaan negeri.

Sebab lain adalah sebelum ini pihak pengurusan gagal dalam menumpukan serta memberi peluang kepada pemain muda untuk menyerlah dengan mengabaikan aspek pembangunan pemain muda. Akibatnya mereka gagal melahirkan pelapis baru yang mampu memeriahkan liga Malaysia dengan bakat yang ada. Seharusnya mereka didedahkan sedikit demi sedikit sebelum memberi satu breakthrough yang besar kepada mereka. Perlu diingat bahawa mereka memerlukan tunjuk ajar pemain senior juga untuk menjadi pemain bola sepak yang matang.

Inilah masa yang sesuai untuk menaikkan kembali martabat bola sepak khususnya untuk pasukan-pasukan utara kerana kini setiap negeri sudah ada Ultras masing-masing, dan mereka akan menjadi golongan yang setia bersama pasukan tidak kira menang atau kalah dan sekaligus mampu menarik lebih ramai lagi penyokong untuk datang menyaksikan perlawanan pasukan mereka.

Penulis merasakan bahawa biarpun pasukan-pasukan seperti Kedah, Pulau Pinang dan Perlis ini akan mengambil masa yang agak lama sebelum tampil memberi saingan di Liga Super, namun sokongan oleh peminat harus tetap diberi kerana penyokong adalah sumber inspirasi dan sumber kekuatan dalaman pasukan. Oleh itu, teruskan menyokong pasukan anda, walaupun mereka di liga bawahan. Mengambil contoh di England, stadium pasukan bawahan juga sentiasa penuh atas sokongan kuat mereka. Mentaliti sebegitu perlu dijadikan contoh dan iktibar. Pihak pengurusan juga perlu sentiasa dekat dengan pemain dan penyokong, barulah ada sinar kebangkitan yang boleh diharapkan.

Comments
  1. The rise of the south. Beware of Johor next season

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s