Aku adalah seorang peminat bola sepak. Sejak kecil lagi, aku mendedahkan diriku dengan dunia bola sepak. Ketika aku masih bersekolah rendah, aku telah mula membaca majalah-majalah bola sepak. Aku sukakan sejarah. Lalu aku membeli majalah-majalah bola sepak lama yang menceritakan bola sepak Malaysia di era awal 90-an. Aku sudah lupa judulnya dan aku sudah lupa di mana aku simpan. Tetapi banyak yang telah aku pelajari tentang bola sepak Malaysia, bermula era zaman semi pro.

Aku masih ingat, zaman era semi pro adalah zaman bola sepak kita sedang meriah. Kelibat pemain import mula membanjiri liga bola sepak kita. Bermula dari era Karel Stromsik, bekas penjaga gol Pasukan Republik Czech pada piala dunia 1982, kehadiran trio Singapura Fandi Ahmad, Malek Awab, Jang Jung juga menerbit rasa ceria di kalangan peminat. Aku juga ingat sehingga kini nama-nama permata bola sepak negara yang mula naik seperti Azman Adnan, Malek Rahman, Azizol Abu Hanifah, Matlan Marjan digeruni ramai. Ibaratnya bola sepak Malaysia sangat digemari kerana setiap pasukan ada star masing-masing yang aksinya ditunggu-tunggu.

Skuad kebangsaan pula ketika itu masih lagi baik persembahannya, walaupun gagal ke Olimpik 1992 dengan kehadirann “Barcelona Babes”. Namun ketika itulah, ranking kita berada di tahap terbaik, seingat aku di tangga 79 dunia. Namun, kita gagal memenangi sebarang kejohanan utama. Ketika itu, Piala Tiger belum wujud lagi. Dan persaingan dengan seteru utama, Singapura sering menggamit kenangan, terutamanya setiap aksi di Stadium Shah Alam.

Aku mula perasan, bola sepak kita mula merudum pada tahun 1998 ke atas. Sebelum itu bola sepak kita masih lagi mempamerkan mutu aksi yang mantap, ditambah pula dengan kehadiran penyokong yang ramai. Walaupun demam rasuah besar-besaran masih belum kebah, setidak-tidaknya pemain baru muncul mempamer aksi mantap seperi Che Zambil Ahmad serta pemain import ternama seperti Tony Cottee serta tidak dilupa aksi cemerlang Khairul Azman Mohamad serta Merzagua Abderrazak dan Lazslo Repasi. Nama-nama ini aku pasti tidak lekang di memori pencinta bola sepak tegar Malaysia.

Bermula tahun 1998, bola sepak kita mula tiada hala tuju. Aku tidak pasti mengapa. Kejayaan tertinggi hanyalah naib johan Piala Tiger 1996. Sejak itu segalanya serba tidak menjadi. Tewas 6-0 ditangan Indonesia pada Sukan Sea, tewas 1-6 di tangan China pada kelayakan Piala Dunia. Beberapa kalu jurulatih ditukar, pemain habis dirombak, namun situasi tetap sama. Liga kita juga semakin merudum, penyokong semakin kurang membanjiri stadium.

Sinar mula terbit kembali pada 2007 apabila kita berjaya menjuarai Pestabola Merdeka. Ketika itu, nama Zaquan Adha, Safee Sali mula naik menggantikan nama-nama sebelum ini yang malap pada Piala Asia 2007 yang mana persembahan terburuk pernah disaksikan dalam aksi kompetetif. Namun, ia malap kembali dengan persembahan kurang mantap pada Piala AFF 2008 sebelum satu lagi gelombang revolusi mula mencanak naik.

Segalanya bermula pada Sukan Sea 2009, apabila Malaysia layak ke final bola sepak. Jaringan gol sendiri pemain Vietnam membolehkan kita merasa erti kegemilangan hasil bimbingan K. Rajagopal (kini Dato). Sejak itu, kita mula perlahan-lahan mengorak langkah, muncul bintang baru iaitu Safiq Rahim, Khairul Fahmi, Fadhli shas dan ramai lagi. Kita menjadi juara Piala AFF pada 2010, mempertahankan emas Sukan Sea 2011.

Kini, Piala AFF 2012 kembali. Persembahan longlai skuad kebangsaan menyebabkan penyokong yang sekian lama berada di belakang tertanya-tanya apakah kita mampu menjadi juara? Taktikal tidak menjadi, mahukan pemain lain masuk mengganti, tidak mengambil star liga, maki hamun dan cacian dliempar kepada skuad kebangsaan kita. Mereka juga mula berasa tertekan. Soalan aku cuma satu, jika kita kalah atau menang Piala AFF, adakah kita kekal menyokong skuad kebangsaan?

Hanya kita yang menentukan. Kita selaku penyokong tegar atau kita selaku penyokong lalang? Pilihan di tangan anda

Comments
  1. xxx says:

    time ni la ko mgaku peminat sejak kecik

  2. joer says:

    sepatutnya kita perlu ada satu akedemi yang memfokuskan pelajar yang berbakat sebagai pelapis.tahap umur dari 10 tahun ke atas.banyakkan liga daerah ,tempatan dan zon untuk kan juga pasukan di permencungkil bakat baru seperti awal tahun 80an.waktu itu banyak liga yang dijalankan.dedahkan juga pasukan dengan perlawanan peringkat antarabangsa jangan jadi hanya jaguh tempat sendiri.5 tahun pasti terdapat hasilnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s