Kepada:

Persatuan Bola Sepak Malaysia (Football Association of Malaysia)
Ketua Jurulatih Skuad Malaysia (Dato’ K. Rajagopal)
Skuad Harimau Malaya
Penyokong Harimau Malaya
Seluruh Peminat bola sepak tanah air

PER: PERSEDIAAN SKUAD HARIMAU MALAYA UNTUK PIALA AFF SUZUKI 2012

Salam sejahtera.

Perkara di atas adalah dirujuk.

Saya adalah peminat, pemerhati dan peminat tegar skuad bola sepak tanah air. Saya juga mewakili suara-suara para peminat setia bola sepak tanah air yang senantiasa dahagakan kejayaan dan kecemerlangan ke atas skuad bola sepak tanah air.

Saya telah menyaksikan jatuh bangun, penat lelah, saat sukar dan saat kebangkitan bola sepak Malaysia. Sejak kecil lagi saya menonton aksi-aksi skuad bola sepak tanah air, bermula dari era Zainal Abidin Hassan, Azman Adnan, Khairul Azman Mohamed dan ramai lagi. Ketika itu masih saya ingat kita tewas 0-1 di tangan Thailand pada final Piala Tiger (nama lama Piala AFF Suzuki). Edisi seterusnya pada 1998 kita tidak mempamerkan aksi yang baik, malah ketika itu zaman kegelapan bola sepak mula hadir dan dalam era itu, banyak kejatuhan dicatat, paling diingati ialah Sukan Sea 1999 apabila kita tewas 6-0.

Bola sepak kita kadangkala ada pasang dan ada surutnya. Sekejap naik, sekejap turun. Tetapi kerap kali ia dicemari oleh keputusan kurang bijak FAM yang kerap menukar jurulatih apabila tewas dalam satu-satu kejohanan, dan tidak diberi ruang dan masa yang mencukupi. FAM juga sebelum ini seperti tidak mengendahkan pembangunan pemain-pemain muda.

Kini. FAM mula membuka mata dan mula mengorak langkah satu persatu dalam membangunkan pemain generasi muda dan melahirkan pelapis muda yang berkualiti. Saya pohon supaya langkah yang lebih agresif dicanang dan dilaksana kerana kita semua mahu lihat bola sepak kita membangun, dan ia bermula dari pembangunan pemain muda yang agresif. Kita masih lagi ingin menyaksikan skuad muda kita bermain di Piala Dunia bawah 20 dan bawah 17. FAM juga harus lebih agresif dalam memberi kesedaran bahawa ranking skuad utama tetap menjadi ukuran kerana ia lesen besar untuk mengatur perlawanan persahabatan dengan lawan yang lebih hebat.

Untuk Dato K. Rajagopal, kami masih meletakkan sokongan yang tinggi kepada Dato dalam menjadikan kita selaku juara Piala AFF Suzuki 2012. Sememangnya Dato adalah orang yang paling kenal dengan skuad ini, paling faham skuad ini dan memahami apa dan bila untuk deliver the killer blow untuk pasukan lawan di AFF Suzuki nanti. Saya masih ingat Dato adalah pencetus revolusi kebangkitan bola sepak Malaysia, bermula dengan meraih pingat emas bola sepak Sukan Sea 2009 dan menjadi juara pada Piala AFF Suzuki 2010. Cuma saya meminta supaya berikan kami confidence untuk kami letak dalam skuad Dato untuk menjadi juara dengan mempamerkan aksi dan taktikal berkualiti. Saya faham Dato ingin bereksperimen dan jika saya di tempat Dato, saya mungkin buat perkara yang sama tetapi on the basis of tactical, bermaksud kepelbagaian taktikal supaya lawan tidak dapat tahu game plan mana akan digunakan nanti. Tetapi perkara ini Dato lebih pakar dan lebih arif dari saya selaku pemerhati dari jauh.

Untuk Skuad Harimau Malaya, kami sememangnya dahagakan kemenangan dan kejayaan. Tunjukkan semangat lawan dan juang yang tinggi dan kami hanya minta satu sahaja, iaitu deliver aksi yang terbaik, berkualiti dan cantik (sebagai bonus jika mampu) pada Piala AFF nanti. Kita semua mahukan kejuaraan, apatah lagi kita beraksi di laman sendiri. Kepada Safiq Rahim, Safee Sali dan pemain2 lain, kami percaya atas kebolehan anda.

Untuk Penyokong Harimau Malaya dan seluruh pemerhati dan peminat bola sepak tanah air, semalam aksi gusar telah kita lihat. Saya percaya ramai yang masih memaki hamun, mencaci dan berkata dengan corak sebegini, kita tak mampu menang. Namun saya menyeru seluruh rakyat Malaysia yang cintakan Malaysia, sayangkan Malaysia dan sayangkan bola sepak Malaysia supaya keep the faith dan terus sokong skuad kita. Kalau bukan kita, siapa lagi nak sokong.

Kita sudah masuk tahun baru dalam Islam. Oleh itu, lembaran baru, buku baru dan sejarah baru boleh dicipta dengan usaha dan sokongan tidak berbelah bagi semua pihak. Saya yakin dengan kemampuan coach dan oleh itu, saya berpendapat KPI skuad bukanlah kemenangan perlawanan persahabatan, tetapi juara AFF Suzuki Cup 2012.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Sembangbolasepak.wordpress.com

Comments
  1. Nie la cara yg betul untuk menyuarakan perasaan tidak puas hati dgn senario bola sepak tanah air.. bukannya asyik kritik je tak tentu pasal.. HIDUP HARIMAU MALAYA!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s