Perpindahan pemain di Liga M makin rancak; Preview M’sia v Hong Kong

Posted: November 13, 2012 in Sembang-Sembang pasal bola sepak
Tags: , , ,

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pada kali ini penulis ingin mengupas 2 isu, iaitu perpindahan pemain dan preview perlawanan malam ini antara Malaysia v Hong Kong.

Sejujurnya penulis berasa kagum dengan situasi perpindahan pemain di Liga M kini. Apa tidaknya, pasukan-pasukan di Liga M kini giat memburu pemain-pemain di seluruh negara. Tak menang tangan pengurusan dengan tawaran-tawaran yang diberi dan diterima, sehingga timbul beberapa kontroversi yang seharusnya tidak berlaku.

Penulis memuji semangat Johor FA dengan memburu pemain berstatus bintang bagi menguatkan pasukan mereka. Dengan kendalian coach Fandi Ahmad, mereka berjaya menawan pemain ternama seperti Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Azmi Muslim, Safiq Rahim dan bekas pemenang Euro 2008, Daniel Guiza. Pastinya peminat persoalkan betapa mewahnya pasukan Johor FA sehingga mampu membeli pemain2 sebegini, dan kini dalam perbincangan untuk mengikat Norshahrul Idlan Talaha, dengan beliau sudah pun menunjukkan minat untuk bermain dengan pasukan Harimau Selatan. Tetapi bagi penulis, pastinya pasukan Johor FA sudah ada perancangan sendiri, sudah ada perancangan jangka panjang dan jangka pendek yang mana inilah yang dikatakan revolusi dalam bola sepak. Sesuatu pasukan perlu berani mengambil risiko untuk maju ke hadapan dan Johor FA sedang menuju ke arah itu. Penulis berharap agar mereka berjaya memberi saingan sengit dan menjadi semula kuasa bola sepak tanah air seperti zaman Evrin Boban dahulu. Penulis juga yakin mereka mampu layak ke kejohanan AFC tahun hadapan, dan sekiranya mereka berjaya, maka mereka sudah ada di landasan yang tepat untuk mara lebih jauh dalam industri bola sepak.

Namun di sebalik isu perpindahan ini, timbul kontroversi apabila Azidan Sarudin dikhabarkan ada konflik dengan pasukan Perak dan Pahang, begitu juga dengan isu Mat Yo yang menjadi bahan bualan ketika ini. Penulis berpendapat bahawa kehendak pemain harus dituruti dan di ambil kira dalam hal ini, walaupun pemain masih ada kontrak dengan pasukan lain. Cara untuk approach pemain yang ada kontrak berbeza dengan pemain yang boleh ditandatangani dengan free transfer. Jujurnya penulis berpendapat bahawa pengurusan harus memberi ruang kepada pemain untuk membuat keputusan yang sewajarnya dan hormati keputusan beliau walaupun untuk tidak bersama pasukan itu lagi.

Baiklah, malam ini ada perlawanan persahabatan antara Malaysia v Hong Kong di mana sebelum ini kita menang 3-0 di arena lawan. Penulis berharap agar mutu permainan yang kemas serta perancangan taktikal yang lebih fresh & positif dari segi approach ditonjolkan bagi membuktikan bahawa pemain serius dalam mempertahankan kejuaraan. Kami selaku peminat sentiasa menyokong perjuangan Harimau Malaya dan segala kritikan diberi kerana kami sayangkan bola sepak Malaysia dan inilah cara kami menunjukkan semangat kecintaan dan patriotisma kepada tanah air.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s