Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penulis memohon maaf sekali lagi kerana sudah lama tidak menulis sebarang perkembangan bola sepak Malaysia walaupun pelbagai isu hangat timbul. Kali ini, kecoh satu negara apabila kita tewas di tangan Vietnam dan Thailand 0-1 dan 0-2 di gelanggang lawan. Bukan itu sahaja, malah ranking kita turun satu anak tangga ke 163 dan peminat mula menyuarakan kerisauan sama ada kita mampun atau tidak memenangi dan mempertahankan Piala AFF Suzuki tahun ini. Apatah lagi, ia diburukkan lagi dengan corak permainan hambar dan tidak ada perubahan, dengan alasan yang diberi adalah untuk menyimpan strategi dan tidak mahu menunjukkan kekuatan sebenar pasukan kita kerana takut diintip pasukan lawan.

Situasi ini membuatkan coach Datuk K Rajagopal berkata tidak perlu menekan butang panik kerana dia kenal pemain beliau dan tahu kekuatan sebenar pasukan kita. Umum mengetahui bahawa kita ada skuad yang baik di bahagian penjaga gol, pertahanan, tengah dan serangan. Kita ada Apek, Fadhli Shas, Safiq Rahim, Safee Sali dan Norshahrul Idlan. Persoalannya adalah adakah benar pasukan kita masih menyimpan kuku dan kekuatan atau sebenarnya kita sudah kekurangan idea dari segi taktikal.

Penulis tidak ingin lagi memberi cadangan kerana penulis telah memberi ulasan sebelum ini (rujuk post 5 perkara yang perlu dibuat untuk AFF Suzuki 2012). Cuma penulis berpendapat bahawa adalah lebih wajar jika coach bereksperimentasi dengan corak permainan dengan mewujudkan sistem permainan yang berbeza kerana setiap pasukan ada game plan dan back up plan yang diguna pakai untuk situasi tertentu. Penulis sehingga kini melihat bahawa kita tidak pernah mengubah formasi dengan terus mengguna pakai formasi 4-4-2 yang kadangkala diubah kepada 4-4-1-1 dengan perubahan hanya dilihat dari segi kehadiran pemain di posisi. Contothnya 4-4-2 dengan menggandingkan Safee dan Mat Yo dan 4-4-1-1 apabila Safee dan Baddrol bermain dengan Baddrol Bakhtiar bermain di belakang Safee seperti perlawanan menentang Hong Kong.

Sejujurnya, penulis berharap agar formasi asas 4-5-1 di amalkan kerana barisan tengah yang agak lemah dan memerlukan ekstra man untuk membuat ekstra work di bahagian tengah. Apa yang berlaku di Thailand adalah kedua-dua pemain tengah ditekan untuk berada lebih deep daripada posisi mereka kerana mereka gagal mengimbangi bahagian tengah, diburukkan lagi bahawa mereka berdua bukanlah attacking minded (merujuk kepada Gary Steven dan Shakir) Penulis melihat bahawa Gary sebagai defensive midfielder cum deep lying playmaker manakala Shakir lebih kepada ball winning midfielder. Disini lah kita perlu ada seorang attacking midfielder (Safiq atau Baddrol) untuk menjana serangan ke atas dan meninggalkan kedua-dua atau salah seorang di bawah menjadi anchor man.

Disebalik cemuhan peminat yang mahukan kemenangan dan mahukan ranking kita naik, kita harus sedar dan percaya bahawa coach pastinya ada perancangan sendiri. Penulis merasakan bahawa peminat boleh meletakkan 100 % blame on coach sekiranya kita gagal menjuarai Piala AFF Suzuki 2012 dan menyalahkan beliau atas segala eksperimen. Oleh itu KPI coach adalah Piala AFF Suzuki 2012.

Sebelum mengakhiri penulisan, penulis mengucapkan tahniah kepada Ahmad Fakri Saarani apabila ditawarkan trial ke Liga Portugal Divisyen 3. Walaupun di divisyen 3 namun ia satu peluang untuk beliau menunjukkan dan mengasah bakatnya di sana dan sekaligus menunjukkan bahawa pemain kita ada bakat dan ada value untuk bermain di eropah.

Sekian. Happy Sunday guys!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s