Tahniah Kelantan Juara Piala Malaysia, Season Summary Liga Malaysia 2012

Posted: October 21, 2012 in Sembang-Sembang pasal bola sepak
Tags: , ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali penulis ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan Kelantan kerana berjaya menjuarai Piala Malaysia semalam dengan mengatasi ATM 3-2, dan sekaligus mencapai misi treble mereka yang diidam-idamkan. Tahniah juga buat pasukan ATM kerana mempamerkan aksi berkualiti yang diharapkan pada perlawanan semalam. Rezeki nampaknya tidak berpihak kepada ATM kali ini. Moga-moga mereka terus mempamerkan aksi berkualiti & konsisten selepas ini.

Penulis tidak berhasrat untuk mengulas panjang mengenai perlawanan semalam kerana saya percaya satu negara sibuk menyaksikan perlawanan itu semalam. Saya percaya peminat masih lagi menyebut2 mengenai gol cantik daripada Indra Putra yang bagi saya gol tercantik pernah dihasilkan untuk final Piala Malaysia, sesuai dengan perlawanan sengit semalam.

Penulis pada ruangan kali ini ingin memberi rumusan akhir mengenai Liga Malaysia kerana sepanjang musim ini, banyak perkara telah berlaku yang memberi impak kepada Liga Malaysia tahun ini.

1. Kehadiran Lions XII memberi saingan dan seri dalam Liga Malaysia

Penulis melihat kehadiran mereka dari sudut positif kerana impak mereka dalam liga ini begitu kuat sekali. Kehadiran mereka ibarat kehadiran pasukan utama Singapura yang mana seluruh Malaysia mahukan mereka tewas pada setiap perlawanan mereka di Malaysia. Ada beberapa pasukan yang berjaya menumbangkan mereka di laman mereka sendiri iaitu Kelantan, ATM dan PKNS manakala ada juga yang berjaya menewaskan mereka di Stadium Jalan Besar seperti Kelantan, Terengganu dan Johor FC. Kehadiran mereka sebenarnya menambahkan perisa dalam liga dan meningkatkan lagi sokongan orang ramai kepada pasukan-pasukan di Liga M. Namun harus diingat kehadiran mereka juga menunjukkan bahawa dari segi taktikal, masih banyak lagi yang perlu diperbaiki terutamanya kepada pasukan-pasukan pertengahan liga yang kerap kali kering idea untuk menewaskan Lions XII.

2. Saingan Liga Perdana jangan dipandang enteng

Penulis melihat bahawa saingan Liga Perdana juga tidak kurang sengitnya. Pasukan seperti ATM, Pahang, Johor dan Sime Darby memberi wajah baru dalam kancah Liga Perdana musim ini. Dengan kehadiran bintang seperti Marlon Alex James, Aidil Zafuan, Azamuddin Akil dan Patrick Ronaldinho, mereka menunujukkan bahawa saingan Liga Perdana juga sengit seperti saingan Liga Super. Jangan lupa bahawa ATM selaku pasukan juara Liga Perdana berjaya ke final Piala Malaysia manakala pasukan Pahang, Sime Darby dan Johor juga memberi saingan yang kuat dalam Piala Malaysia. Permata baru seperti R.Gopinath juga berjaya dicari atas persembahan konsistennya dalam Liga Perdana.

3. Kemelut dalam pasukan semakin menjadi

Kita melihat bahawa ada sesetengah pasukan yang gagal menguruskan pasukan mereka secara professional. Ada pasukan yang gagal membayar gaji sehingga tertunggak, ada yang memecat jurulatih tanpa sebab dan tidak dibayar ganti rugi dan ada yang tidak menguruskan kemelut dalaman secara professional sehingga terbuka pekung di dada. Seharusnya perkara-perkara sedemikian harus diselesaikan dengan baik dan professional tanpa membabitkan pihak-pihak yang tidak berkaitan.

4. Jurang pasukan masih besar & aksi tidak konsisten pasukan gergasi liga

Jika dilihat, sebenarnya jurang antara pasukan top 3 dengan pasukan pertengahan serta bawahan liga masih lagi jauh dan luas, namun tidak dinafikan ada perubahan yang positif hasil daripada kehadiran pemain import. Kelantan misalnya adalah pasukan yang kuat di setiap posisi termasuk di bangku simpanan, sesuatu yang masih lagi kurang oleh kebanyakan pasukan lain yang tiada game changer di bangku simpanan yang boleh memberi impak segera. Selain itu, kelemahan dari segi taktikal dan tiada back up game plan adalah sesuatu yang harus diperbetul, diperbaiki dan diberi pertimbangan oleh pasukan-pasukan, kerana kebanyakan game plan mereka mudah dibaca lawan terutamanya pasukan yang bertaraf gergasi. Seharusnya perlu ada tactical surprises yang positif supaya mereka boleh mendapat result yang dikehendaki.

Pasukan gergasi juga kerap menghasilkan aksi kurang konsisten, terutamanya Selangor yang seri di awal kempen di laman sendiri serta Perak yang semakin merudum prestasinya di penghujung saingan selepas bermula baik di awal kempen.

5. Mutu liga berada di tahap agak memuaskan.

Harus diakui bahawa tahap liga kita berada di tahap agak memuaskan. Ia bermaksud ada pasukan yang boleh bermain dengan taktikal serta disiplin yang baik dan tersusun. Sesetengah pasukan terlalu ghairah menyerang sehingga terlupa prinsip bertahan dan ada pasukan yang corak permainannya sama sehingga ke hujung season. Tiada keseimbangan dari segi taktikal yang sedikit sebanyak menjadi sebab kenapa mereka tewas walaupun menyerang bertubi-tubi. Perkara ini perlu diambil perhatian serius kerana mutu liga kita ialah wajah corak bola sepak kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s