Preview Final Piala Malaysia Kelantan v ATM; Magis siapakah yang berkesan?

Posted: October 20, 2012 in Sembang-Sembang pasal bola sepak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pada kali ini penulis ingin membuat sedikit preview berkenaan final Piala Malaysia tahun ini antara pasukan Kelantan v The Red Warriors. Masih tidak terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasukan kerana berjaya layak ke final piala berprestij ini.

Penulis berasakan final tahun ini adalah final yang terbaik dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, berdasarkan kepada pemerhatian penulis yang mengambil kira prestasi semasa pasukan serta tahap permainan secara teknikal dan taktikal yang semakin meningkat sehingga ke saat ini. Pastinya ini saat yang dinanti-nantikan oleh kedua-dua penyokong. Apatah lagi apabila pasukan Kelantan kini mengejar gelaran treble setelah berjaya mendakap trofi Liga Super dan Piala FA. Manakala bagi pasukan ATM, ini adalah penampilan mereka yang ketiga di mana mereka mengharapkan third time lucky akan berlaku kali ini.

Pada pandangan peribadi penulis, agak sukar untuk membuat ramalan mengenai keputusan perlawanan, kerana dalam situasi sebegini, pastinya satu pertembungan yang menarik akan berlaku. Pada ketika ini pasukan-pasukan akan bermula dengan rentak perlahan bagi menyesuaikan diri dengan mood dan tempo perlawanan. Penulis berasakan bahawa perlawanan akan menjadi agak hambar pada awal perlawanan sehingga ke 30 minit pertama. Perkara yang sama tidak mustahil akan berlaku pada 20 minit pertama separuh masa kedua, tertakluk kepada keputusan perlawanan pada separuh masa pertama.

Penulis melihat kekuatan yang hampir sama oleh kedua-dua pasukan. Tidak dinafikan bahawa ATM mempunyai ramai pemain berpengalaman yang pernah bermain di final Piala Malaysia serta pemain lain yang berpengalaman, namun kita tidak boleh menafikan kekuatan taktikal serta teknikal skuad Kelantan yang mempunyai kekuatan hampir seimbang yang ada dibangku simpanan, sesuata yang penulis lihat ada kekurangan ini di pasukan ATM. Mungkinkah magis Hai-O kembali berulang?

Penulis kerap kali mengambil jalan selamat dalam meramal keputusan, iaitu sepakan penalti jadi penentu. Namun dalam final ini, penulis berasakan bahawa keputusan boleh diperolehi dalam masa tambahan dengan ramalan 3-2 kepada pasukan Kelantan. Penulis memilih Kelantan walaupun ATM mempunyai pemain bertaraf kebangsaan kerana penerapan corak taktikal dan teknikal serta game plan yang banyak, berbeza namun pemain boleh adapt dengan taktikal berkenaan.

Pemain yang perlu diberi perhatian adalah kesemua pemain kerana bola sepak adalah permainan berpasukan dan kejayaan sesebuah pasukan tidak ditentukan oleh hebatnya seseorang pemain, tetapi tingkah laku serta semangat juang melawan yang tinggi. Seharusnya kejayaan mereka ini diambil iktibar oleh pasukan lain kerana terbukti bahawa liga kita semakin berkembang dan boleh berada di tahap lebih baik dengan adanya pasukan yang bermain dengan persembahan taktikal yang bermutu.

Semoga final nanti menjanjikan persaingan sengit dan menarik dari segi taktikal dan teknikal kerana ia menggambarkan tahap peniliaian dan corak sebenar liga malaysia dan tahap permainan pasukan Harimau Malaya.

P/S:  kelantan menang 3-2 : P

Comments
  1. Kelantan berkelebihan dari segi ‘in depth squad strength’ yang mana mereka mempunyai pilihan di bangku simpanan sekiranya keadaan memerlukan. ATM boleh menang hanya jika Alex Marlon James menjaringkan gol, sekurang kurangnya 2 gol.

    Saya pilih Kelantan menang 3-1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s