Safiq Rahim ingin ke luar negara; Ranking tetap penting & Preview Malaysia v Hong Kong

Posted: October 14, 2012 in Sembang-Sembang pasal bola sepak
Tags: , , ,

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada ruangan kali ini penulis ingin mengupas beberapa isu yang bagi penulis menarik perhatian ramai dan melibatkan perbincangan yang besar. Semua telah maklum bahawa the red giants tumbang di laman sendiri menentang Kelantan pada separuh akhir Piala Malaysia jumaat lepas. Diharapkan penyokong the red giants bersabar dan berdoa supaya Selangor berjaya mencapai misi 33 itu tahun hadapan.

Di saat penyokong the red giants bersedih atas kekalahan itu, timbul berita bahawa Safiq Rahim dikaitkan dengan perpindahan ke kelab luar negara. Menurut berita hari ini, Safiq mengakui bahawa dia telah ditawarkan menjalani ujian di kelab UAE, Bosnia dan Croatia. Bagi penulis, itu adalah satu petanda yang baik dan bagus bagi bola sepak kita. Peminat sendiri ternanti-nanti sama ada Safiq Rahim akan dipanggil menjalani ujian di luar negara. Kehebatan sepakan percumanya tidak boleh dinafikan lagi, malah boleh menghasilkan magis dan hantaran menarik di saat genting. Namun Safiq harus belajar untuk menguatkan mental, fizikan serta taktikal serta teknik yang lebih bermutu kerana Safiq adalah perancang utama skuad kebangsaan dan sekiranya berjaya di luar negara, pastinya ia akan memberi impak yang besar dalam kareer Safiq. Selepas ini diharapkan nama-nama lain seperti Fadhli Shas, Khairul Fahmi, Gary Steven akan diberi peluang memberi impak di luar negara. Oleh itu, Safiq seharusnya meletakkan Piala AFF Suzuki 2012 sebagai tanda aras bagi menunjukkan dan membuktikan kredibilitinya di mata peninjau bakat luar negara.

Isu ranking sebenarnya sudah diulas oleh penulis beberapa bulan lepas (rujuk post sebelum ini), namun coach Dato K Rajagobal tetap dengan pendirian beliau bahawa ranking tidak penting kerana ranking bukanlah ukuran atau gambaran sebenar pasukan kita. Itu pendapat coach yang lebih kenal pemain dan keupayaan pasukan. Namun bagi penulis, ranking tetap penting kerana dengan ranking yang baik, kita boleh mendapat undian yang agak selesa untuk sebarang pusingan kelayakan sama ada Piala Asia atau Piala Dunia. Sekiranya ranking kita semakin merudum, maka lebih mudah untuk kita diundi bersama pasukan gergasi atau pasukan yang kuat dan ia merugikan kita kerana kita sebenarnya ada potensi untuk diundi dengan pasukan yang tidak jauh beza kekuatannya. Ranking juga mencerminkan abiliti pasukan kita. Analogi mudah adalah adakah pasukan Arab Saudi ingin bermain dengan pasukan San Marino yang jauh lebih rendah rankingnya? Pastinya tidak kerana ia tidak memberi keuntungan kepada mereka. Samalah juga apabila kita sibuk mencari pasukan untuk perlawanan persahabatan namun kesudahannya melawan Singapura dan Hong Kong, dikala rancangan untuk bermain dengan pasukan lain gagal atas alasan ranking kita rendah. Nah, itu jawapan yang mudah, bukan? Seharusnya dan diharapkan selepas AFF ini, kita meletakkan sasaran untuk berada di top 120 dengan merancang perlawanan persahabatan sekerap mungkin.

16 Oktober ini adalah perlawanan persahabatan antara pasukan Malaysia dan Hong Kong. Penulis berharap bahawa inilah cubaan dan eksperimen terakhir kerana kita sudah tiada aksi kompetitif tempatan dan seharusnya coach sudah ada bukan sahaja gambaran kesebelasan utama, malah gambaran keseluruhan skuad dan plan B sekiranya ada pemain yang cedera. Selain tiu, penulis juga mengharapkan supaya pasukan Malaysia bermain dengan taktikal, game plan serta formasi yang positif dan berbeza kerana selaku juara bertahan, pastinya taktikal kita diperhati pasukan lawan. Ia juga boleh dicuba untuk digunakan di Piala AFF nanti. Penulis berharap agar Coach dapat mengubah formasi dengan bermain dengan formasi yang berbeza di separuh masa pertama dan kedua untuk menilai kekuatan sebenar dan kekuatan lain yang boleh digunakan untuk Piala AFF nanti.

P/S: Harap-harap adalah perubahan tu..hehe

Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s