Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah sekian lama tidak menulis akibat kesibukan melampau serta kekurangan isu panas untuk dikupas, kini penulis tampil dengan ulasan mengenai Piala Malaysia. Setelah menyaksikan saingan Piala Malaysia dari peringkat kumpulan sehingga ke semi final semalam, telah terbukti bahawa saingan Piala Malaysia adalah saingan yang paling ditunggu-tunggu oleh para pasukan dan pemain. Kita dapat saksikan bahawa ada pasukan yang mempamer aksi yang menarik dan konsisten, ada pasukan kurang ternama yang tidak disangka memberi persembahan dan saingan berkualiti dan ada pasukan bekas juara yang tersingkir dari peringkat kumpulan. Seperti yang sedia maklum, Piala Malaysia sentiasa menjanjikan aksi yang berlainan daripada aksi di peringkat liga.

Penulis sebelum ini telah meramalkan bahawa Kelantan akan ke final Piala Malaysia, dan ternyata ramalan admin tepat. (Boleh rujuk post admin sebelum ini). Prestasi yang konsisten walaupun tidak bermula cemerlang namun kebangkitan seterusnya adalah sangat dinantikan oleh penyokong setia The Red Warriors. Dengan prestasi cemerlang ditunjukkan oleh Subra, Norfarhan, Indra dan Shakir serta sentuhan Mohammad Ghaddar, mereka cemerlang di saingan ini dengan berjaya menumbangkan Gergasi Merah Kuning di laman sendiri. Taktikal yang diterapkan oleh coach Bojan Hodak adalah sesuatu yang harus diteliti dan dipelajari oleh pasukan-pasukan lain. Penerapan game plan yang tersusun serta mengamalkan corak permainan hantaran pendek dan tepat serta counter attack yang tersusun adalah penting untuk memenangi perlawanan yang penting, dikala kebanyakan pasukan kerap bermain secara gung-ho namun tidak tersusun menyebabkan serangan menjadi sia-sia dikala peluang lain datang menjelma.

Kredit juga harus diberikan kepada pasukan ATM di mana juara liga perdana ini memberi cabaran yang baik sehingga berjaya ke final. Pujian harus diberikan kepada coach B. Sathianathan kerana berjaya mengemudi barisan bintang dengan baik tanpa ada sebarang masalah dalaman dalam pasukan serta menerapkan taktikal yang tersusun serta memberi amaran dan pengajaran bahawa mereka akan hadir memberi ancaman besar dalam saingan liga super tahun hadapan. Dengan prestasi cemerlang Marlon Alex James, Bruno Martelotto, Aidil Zafuan, Rezal Zamberi Yahya dan Zaquan Adha, mereka berjaya mempamerkan aksi yang memberangsangkan.

Kelibat pasukan seperti Felda United, Sime Darby, Johor dan Johor FC juga tidak boleh dipandang enteng. Dengan kejayaan Felda United ke suku akhir serta prestasi cemerlang mereka sebelum ditundukkan Kelantan memberi isyarat bahawa mereka juga boleh hadir selaku pasukan pakej kejutan. Sime Darby pula hampir membuat kejutan layak ke suku akhir dengan beberapa keputusan yang menarik, namun nasib tidak menyebelahi finalis Piala FA 2012 ini. Kebangkitan Harimau Selatan dan Johor FC juga perlu diberi perhatian, apatah lagi dengan pasukan Johor yang semakin serius untuk menjenamakan semula nama Johor di pentas bola sepak negara dengan kehadiran Fandi Ahmad.

Pasukan seperti Terengganu, Perak dan Kedah hadir dengan seribu harapan untuk mereka layak ke pusingan seterusnya namun masalah dalaman serta prestasi kurang bermaya menyebabkan harapan mereka malap. Dengan isu coach Peter Butler yang belum selesai, diharap ia dapat diatasi dengan cara professional kerana ia menggambarkan imej dan kualiti pengurusan pasukan tersebut. Perak dan Kedah harus berbuat sesuatu sebelum terlambat kerana peminat sekarang dahagakan kejayaan segera dan ia juga harus diambil berat oleh pengurusan.

Satu lagi perkara yang menarik sepanjang Piala Malaysia adalah prestasi pemain pinjaman & pemain-pemain muda.. Beberapa pemain pinjaman berjaya mencuri tumpuan sepanjang kejohahan ini, terutamanya Afiq Azmi bagi pasukan Kelantan dan S. Venood bagi pasukan Selangor yang dilihat berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang. Jika ada anugerah pemain muda paling menyerlah di Piala Malaysia, pemain yang layak adalah P. Gopinath dari pasukan Pahang yang sentiasa bermain cemerlang dengan larian deras dan gerakan serta skill yang menarik.

Tahniah untuk pasukan Kelantan dan ATM kerana berjaya mara ke final. Penulis selaku peminat mengharapkan permainan yang cemerlang oleh kedua-dua pasukan dalam final Piala Malaysia nanti.

Comments
  1. Harapnya ini kali terakhir mat yo bersama kelantan. Musim depan sign utk Johor?

  2. Aizat says:

    Bagi saya, saingan Piala Malaysia sangat ‘entertaining’. Tetapi saya tak berpendapat ia berkualiti dari segi taktikal dan kebolehan teknikal pemain-pemain. Semangat juang ATM yang tak putus harapan harus dipuji. Namun kualiti permainan mereka mengecewakan. Bola tinggi sering dihantar dari setiap sudut padang oleh pemain mereka. Sedangkan mereka boleh bermain posession football dengan kualiti pemain yang mereka ada. Terlalu mengharapkan Marlon sebagai target-man tak membuahkan hasil langsung. 3 peluang keemasan pada 2nd-half berpunca dari pegerakan wingers, terutama Venice yg masuk menggantikan Christie (pemain yang hanya mempunyai kelajuan tetapi tiada idea). Full-backs tak berani mengawal bola lama dan terus menghantar bola tinggi tak kira apa keadaan. Begitu juga dengan Selangor. Selangor terlalu gopoh menyerang. 1st-half mereke menyerang dengan pergerakan yang terlalu laju mengakibatkan pemain-pemain letih pada lewat 2nd-half. Amir adalah yang paling ketara. Dia seolah-olah hilang pada 2nd-half. Mungkin kerana tekanan untuk mencari gol penyamaan mereka terlalu ghairah dan bermain laju mengalahkan corak serangan Germany atau Dortmund. Tiada pergerakan 1-2 ataupun short passes di kawasan berhampiran kotak penalti. Banyak long ball & through passes yang tiada arah dan membazir. Selangor juga ada seorang pemain seperti Christie, iaitu Solihin. Saya bersetuju dengan penulus bahawa Veenod menjalankan tugasnya dengan sangat baik. Kelantan mungkin adalah antara pasukan yang mempunyai corak permainan yang baik. Transition dari pertahanan ke pemain tengah dan seterusnya kepada penyerang tersusun. Kalaulah Kelantan memperkemaskan passes mereka, sudah tentu mereka dapat gol awal malam itu. Pertahanan Kelantan juga berdisplin dan tersusun. Saya bukanlah penyokong mereka, malahan saya ialah penyokong Selangor. Tetapi kualiti kedua-dua pasukan tampak berbeza. Seperti yang saya katakan kualiti saingan Piala Malaysia (ambil contoh perlawanan separuh akhir tersebut) masih belum mencapai tahap yang baik. Banyak kelemahan asas seperti menghantar & menahan bola, dribbling skill, decision making dan lain-lain. Namun saya tak mengharap terlalu tinggi kerana kita sedar ini adalah tahap liga kita. Apa pun ia tetap menghiburkan untuk ditonton. Final kali ini pasti hebat kerana kedua-dua pasukan hebat dan mempunyai pemain-pemain yang bagus dan berpengalaman. Piala Malaysia untuk Hai-O 4 tahun berturut-turut? Mungkin. Sayang, kita tidak akan dapat melihat kelibat Farhan dan Ghaddar nanti. Terutama Farhan yang bagi saya seorang pemain yang bijak.

    • muhammadizhar23 says:

      saya setuju dgn komen anda..benar dan harus diakui bahawa despite saingan yang menarik, gap antara kelantan serta pasukan lain masih lagi jauh..hanya inconsistency dari mereka sahaja yg memberi peluang lawan mengalahkan mereka. banyak lagi yang perlu diperbaiki terutama dari segi taktikal tetapi kita berharap supaya lebih banyak pasukan akan memberi saingan lebih sengit pada musim hadapan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s