Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada kali ini penulis ingin memberi komen personal berhubung perlawanan persahabatan antara Malaysia v Vietnam di mana pasukan kita tewas 0-2 di laman sendiri. Skuad ini telah dikritik hebat akibat terlalu bereksperimen dari segi kesebelasan utama hingga menyebabkan pasukan kita tewas & tampil kurang bermaya, terutamanya di separuh masa pertama.

Penulis tidak berkesempatan ke stadium namun menonton perlawanan secara langusng di kaca tv. Ada beberapa komen yang ingin penulis sampaikan berkenaan perlawanan tersebut.

1. Tidak salah untuk bereksperimen.

Penulis berpendapat bahawa sebenarnya tidak salah untuk bereksperimen, tetapi penulis berpendapat tidak perlu bereksperimen atas kesebelasan utama. Penulis berpendapat bahawa pemain yang sudah lama tidak bermain di arena antarabangsa atau pemain yang baru dapat peluang pertama tidak memulakan permainan, sebaliknya memasukkan mereka pada pertengahan separuh masa kedua. Ini kerana selepas sepak mula, tempo perlawanan perlu ditentukan dahulu dan ia boleh ditentukan oleh pemain yang sudah kerap bermain perlawanan persahabatan antarabangsa.

Selain itu, lebih elok jika bereksperimen dengan corak permainan dan formasi baru. Ketika ini semua pengintip sedang memerhatikan permainan kita, jadi adalah lebih elok jika kita bermain dengan corak permainan yang berlainan supaya game plan kita tidak boleh diagak. Di ketika inilah kita perlu mencipta Plan B, Plan C & Plan D dengan corak permainan dan formasi yang berbeza. Barulah kita boleh bereksperimen dengan pemain yang sesuai untuk game plan tertentu.

2. Permainan taktikal pertahanan yang  lemah serta formasi dan gerakan yang sudah boleh diagak.

Seperti yang penulis sebut di atas dan post sebelum ini, pasukan ini tidak pernah bermula dengan formasi yang berbeza. Formasi kegemaran iaitu 4-4-2 masih digunakan. Dari segi game plan, kesemua gerakan serangan akan bermula dari 1 point, iaitu kapten Safiq Rahim, dan dalam game itu, hantarannya lebih kepada long range pass ke arah sayap. Kemudian pemain sayap akan menggelecek pertahanan sebelum menghantar byline cross atau hantaran. Kesemua ini boleh di agak oleh pasukan lawan yang tugas mereka hanya meletakkan pertahanan mereka menunggu untuk intercepts hantaran-hantaran di penalty area.

Penulis mencadangkan supaya bermula dengan formasi yang berbeza, dengan menggunakan formasi asas yang berbeza, 4-5-1 yang fleksibel kerana boleh diubah bergantung kepada keadaan untuk menyerang dan bertahan. Ketika menyerang, boleh digunakan formasi asas 4-5-1 sebelum berubah menjadi 4-3-3 untuk menyerang. Untuk lebih detail, mungkin boleh dicuba formasi 4-2-3-1 atau formasi 4-2-1-3 sekiranya ingin membuat attacking game plan atau 4-1-1-3-1 yang kompleks dan padat.

Dari segi game plan, kelihatan pemain, terutamanya di bahagian pertahanan cepat dan mudah membuka ruang, menyebabkan mereka mudah dieksploit, terutamanya di bahagian kiri dan kanan yang kerap off position. Formasi 4-4-2 ada pro & kons, dan dirasakan tidak sesuai untuk pasukan kita kerana dengan defensive lapse ini, kita perlukan ekstra protection daripada bahagian tengah. Sebab itu penulis mencadangkan supaya bermula dengan formasi 4-5-1. Jelas kelihatan bahawa dalam gol2 yang bolos itu kecelaruan di bahagian pertahanan di mana mereka sendiri tidak pasti siapa yang mereka perlu man mark dan close down serta tidak alert dengan pergerakan pemain lawan. Ketika ini pemain midfield bertahan membantu untuk track pergerakan mereka dan jika ada pemain tengah yang berfungsi selaku ball winning midfielder, beban bertahan di pemain pertahanan berkurang dan mereka boleh lebih fokus menjaga zon mereka daripada dimasuki pemain lawan.

Penulis tidak pasti apakah instruction coach dari segi bertahan namun pendapat peribadi penulis, seperti tiada kesefahaman antara mereka dan lack of communication. Hal ini penulis percaya coach lebih kenal pemainnya dan bagaimana mereka meningkatkan kesefahaman dan communication. Penulis mencadangkan supaya dibekalkan 2 pemain tengah bertahan di mana 1 untuk memberi ekstra shield di bahagian pertahanan dan seorang sebagai ball winning midfielder untuk ease burden pemain pertahanan. Pemain pertahanan tengah perlu fokus untuk man marking pemain yang masuk di kawasan tengah dan pemain pertahanan kiri dan kanan perlu sentiasa berada di zon dan bermain secara zonal marking dan close down untuk sekurang-kurangnya melengahkan game plan pasukan lawan.

3. Gerakan serangan yang boleh dibaca.

Dari segi game plan, apa yang diperhatikan adalah hantaran pemain kita mudah dibaca lawan. Kelebihan kita adalah quick penetration daripada pertahanan kepada serangan. Namun final ball kita masih lagi belum boleh dibanggakan. Kerap kali gerakan kita based from wingers dan akan membuat cross untuk penyerang. Gerakan serangan kita masih lagi kurang variasi, lebih-lebih lagi ketika ketinggalan dengan ketika ini, hantaran ke hadapan terlalu cepat diberi dan gagal dibaca rakan. Kita juga masih bermain dengan long range pass.

Pada pendapat penulis, tidak salah untuk bermain long range pass. Namun kita juga harus kerap bermain secara mudah. Hantaran pendek dan tepat yang dipamerkan Vietnam harus dicontohi bukan kerana ia permainan zaman kini, tetapi apabila bermain seperti ini, ia akan menguji kesabaran lawan untuk membuatkan lawan hilang daripada posisi mereka dan membuka ruang untuk pertahanan mereka untuk dibolosi dengan hantaran through pass secara direct. Ia seperti bermain chess. Bergerak secara patiently sebelum memasuki ruang untuk serang dan checkmate. Ia bermaksud possession game secara patiently perlu di cuba dalam game seperti ini dan bukannya bermain dengan stail yang sama. Ketika ini boleh dicuba variasi hantaran atau mixed passing secara direct dan tidak 100% tertumpu ke arah sayap semata-mata.

Dari segi permainan di bahagian sayap, di kawasan ini juga perlu variasi yang berlainan. Variasi ini diubah dengan pemain sayap perlu menggunakan skil untuk memasuki kawasan pertahanan selagi ada ruang sebelum membuat hantaran ataupun cubaan ke pintu gol. Pemain sayap perlu memanfaatkan skil dan move into channel kerana itu juga sebenarnya satu kelebihan yang ada oleh pemain yang jarang ditonjolkan secara taktikal.

4. Kurang kesabaran & fokus serta gagal hadapi tekanan.

Ini lebih kepada satu persoalan daripada huraian. Adakah sebenarnya pemain kita bermain dengan kurang kesabaran? Di manakah fokus pemain dan apakah mereka meletakkan ekstra pressure kerana mereka boleh bermain lebih baik dan ia terbukti ketika menentang pasukan Arsenal.

Bagi penulis, ujian kesabaran itu timbul kerana sikap kegopohan dan kelam kabut untuk cepat menghantar bola dan menyerang sedangkan pemain belum bersedia malah tiada pemain di tempat yang ingin dihantar itu. Adakah mereka berasa tertekan inginkan kemenangan atau memandang rendah Vietnam kerana bermain di penyokong sendiri?

Persoalan-persoalan ini telah terjawab. Jawapannya kita tewas 2-0 di laman sendiri. Semoga pemain kita sedar dan cepat memberi reaksi positif selepas ini. Ada beberapa lagi perlawanan persahabatan yang perlu diambil secara serius selepas ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s