Kontroversi Pasukan;Pemain bintang antarabangsa bermain di liga M?

Posted: September 9, 2012 in Sembang-Sembang pasal bola sepak
Tags: ,

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada minggu ini penulis hanya ingin memberi pendapat mengenai beberapa isu, seperti selalu namun tidak membabitkan kupasan secara mendalam. Lebih-lebih lagi Piala Malaysia kini berehat sebentar bagi memberi laluan kepada perlawanan persahabatan antara Malaysia v Vietnam selasa ini serta SCTV Cup yang bermula hari ini.

Penulis percaya bahawa satu Malaysia mengetahui perbalahan dan pergolakan yang tercetus di dalam kem pasukan Terengganu di mana isu kontroversi antara ketua jurulatih Peter Butler dan pemain-pemain iaitu Muslim Ahmad, Ismail Faruqi dan Sharbinee Alawee Ramli. Isu tuduhan berkenaan bagi penulis adalah satu perkara yang serius di mana ia bukan sahaja membabitkan imej pemain malah imej orang di sekeliling mereka, apatah lagi apabila mereka sudah beristeri. Pastinya imej keluarga mereka juga terjejas. Mereka pula pemain yang mewakili skuad kebangsaan, sudah pasti mereka dikenali ramai dan segala berita mengenai mereka mudah tersebar kepada orang ramai.

Penulis melihat bahawa secara peribadi, coach Peter Butler adalah seorang yang tegas dan amat mementingkan disiplin dan etika kepada semua pemain. Penulis percaya beliau tidak teragak-agak untuk menyingkirkan pemain walaupun berstatus bintang dan walau banyak mana sumbangan kepada pasukan sekalipun sekiranya disiplin mereka tidak terjaga. Namun dalam situasi ini, apabila ia melibatkan maruah pemain dan keluarga, seharusnya perkara ini hanya dibincangkan di antara pemain dan tidak disebarkan kepada media dalam hal ini. Penulis tidak pasti reaksi pemain dan pengurusan Terengganu mahupun pasukan Kelantan yang dilatihnya sebelum ini namun beliau cuba  untuk mempunyai satu total control ke atas pasukan yang mana konsep ini diguna pakai secara meluas di Eropah, berbeza dengan di Malaysia apabila coach hanya fokus melatih pemain dan pengurus adalah individu berbeza dan menguruskan hal seperti kontrak pemain. Di Eropah, pengurus adalah termasuk jurulatih. Mereka juga tidak berasa terkongkong untuk mengkritik pemain mereka secara terbuka. Walau apa pun situasinya ketika ini, pada pandangan penulis, perkara ini harus dibincangkan secara detail dan tidak melibatkan pihak lain, hanya pemain, jurulatih dan pengurusan sahaja.

Penulis baru-baru ini terbaca artikel mengenai satu pasukan di Malaysia yang ingin memancing bekas pemain antarabangsa terkemuka England, Michael Owen. Dikhabarkan mereka sanggup membayar gaji Michael Owen yang lumayan itu. Namun, Michael Owen memilih untuk menyertai pasukan Stoke City secara percuma. Penulis berasa kagum dengan ambition pasukan di Malaysia yang ingin memancing pemain berstatus bintang ke Malaysia. Liga kita juga sudah ketandusan khidmat bintang luar bermain di Malaysia sejak era Christopher Kiwomya, Tony Cottee dan Bambang Pamungkas. Walaupun liga kita ada bekas pemain kebangsaan Croatia dan Cameroon, Bosko Balaban dan Joel Epalle, namun kita mahu lihat liga kita diserikan dengan bintang terkemuka lain sekaligus membuatkan penonton berminat untuk turun ke stadium bagi melihat mereka beraksi. Namun penulis percaya situasi ini hanya akan berlaku dalam 3-4 tahun lagi kerana pemain seperti ini tidak hanya memandang kepada wang ringgit, tetapi melihat kepada standard liga kita, sama ada bagus atau tidak dan sejauh mana liga ini akan berkembang di masa depan. Penulis memberi contoh, FC Porto membeli pemain Brazil yang asalnya tidak dikenali daripada Liga J dan kini sudah bermain mewakili Brazil dan bermain di kelab terkemuka di Eropah dan Rusia, iaitu Hulk. Oleh itu, penulis berharap agar standard liga kita berada di tahap membanggakan dan ia memudahkan lagi pasukan untuk memancing pemain terkemuka bermain di Liga M

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s