Merdekakah bola sepak kita?

Posted: August 31, 2012 in Sembang-Sembang pasal bola sepak
Tags: ,

Assalamualaikum dan salam kemerdekaan ke 55 buat tanah air kebanggaan kita, Malaysia.

Pada hari ini Alhamdulillah, kita kini menyambut Hari Kemerdekaan ke 55 untuk Malaysia, tanah air tercinta. Hari ini penulis berhasrat untuk menulis mengenai bola sepak secara am dan simboliknya kepada kemerdekaan.

Merdeka pada penulis bermaksud kebebasan, perubahan dan revolusi daripada sesuatu yang lama kepada baru, peningkatan kepada satu tahap yang lebih baik. Sudah 55 tahun kita menyambut kemerdekaan, sudah lebih 55 tahun sukan bola sepak wujud di tanah air. Sejak dari kewujudan kejohanan Piala Malaysia, Pestabola Merdeka dan kejohanan Liga Semi Pro, Liga Premier dan Liga Super serta Liga Perdana, sudah bermacam revolusi, perubahan telah dilalui.

Penulis melihat bahawa bola sepak sebagai satu sukan teras yang mudah, cepat dan berupaya menarik pelbagai kaum untuk memupuk perpaduan dan semangat cintakan negara. Jika kita imbas kembali, bola sepak kita telah melalui pelbagai revolusi, dengan lahirnya beberapa bintang utama yang tidak boleh dilupakan sehingga hari ini. Abdul Ghani Minhat selaku raja bola kita, Allahyarham Mokhtar Dahari, Mendiang R Arumugam, Santokh Singh, Soh Chin Aun beserta jurulatih seperti Datuk M Chandran,  kita lihat bahawa sejak dahulu lagi sudah dipupuk perpaduan berbilang kaum dan semangat cintakan tanah air. Mereka bermain sebagai satu pasukan, bermain bermati-matian demi negara. Kejayaan demi kejayaan diperolehi hasil semangat berpasukan yang tinggi tanpa mengira kaum, agama mahupun latar belakang keluarga.

Penyokong pula tidak kira bangsa, agama bersatu berhimpun di Stadium Merdeka setiap kali mereka bermain. Dari sini kita dapat melihat bahawa semangat yang dibawa oleh penyokong cukup kuat walaupun tiada kelab persatuan seperti hari ini. Kita dapat lihat setiap kali perlawanan, sorakan kuat dipamerkan oleh para penyokong yang bersatu memenuhkan stadium tidak kira sama ada menang atau kalah, kerana mereka menyaksikan sendiri perjuangan dan keringat para pemain di dalam padang bermain untuk negara.

Bola sepak kita kemudiannya jatuh tersungkur dan terduduk akibat bahana rasuah. Gelap rasanya dunia bola sepak pada era 1990an dengan ratusan pemain, termasuk bintang digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak. Ketika itu, bola sepak kita kurang mendapat perhatian kecuali liga tempatan sebelum merudum lebih teruk pada hujung 1990an sehingga penghujung era 2000 di mana bola sepak kita dicemuh dengan aksi longlai dan masalah pengurusan. Penyokong pula kerap menunding jari kepada FAM, pemain dan jurulatih kerana aksi hambar dan longlai, paling diingati ketika kejohanan Piala Asia 2007. Hilang sudah semangat perpaduan yang pernah dipupuk dahulu.

Kini, bola sepak kita mula mendaki tangga-tangga kebangkitan, bermula dengan memenangi pingat emas Sukan Sea 2009 selepas kemarau hampir 20 tahun, menjadi juara buat pertama kalinya untuk Kejohanan AFF 2010, mengekalkan pingat emas Sukan Sea 2011, dan satu-satunya pasukan bawah 23 Asean yang layak ke Pusingan Kelayakan Peringkat Kumpulan Olimpik 2012. Di samping itu, pemain seperti Safee Sali, Nazmi Faiz Mansor dan Sean Gan Ginelli mendapat perhatian meluas apabila bermain di Eropah dan Indonesia serta kemunculan bintang baru yang mencuri tumpuan seperti Gary Steven Robbat dan Wan Zack Haikal. Para penyokong mula membanjiri stadium, muncul pula Ultras Malaya bagi menyemarakkan lagi sokongan kepada para pemain. Ya, walaupun sokongan tak sehebat zaman dahulu, walaupun kita masih lagi belum menjadi salah satu gergasi bola sepak Asia, namun kita harus yakin dengan perubahan dan revolusi positif ini. Mentaliti penyokong kini menjadi petunjuk. Sebarang kritikan membina diberi kerana kita semua cintakan bola sepak tanah air. Juga simbolik kita cintakan Malaysia. Bola sepak adalah antara wadah penting penyatuan kaum dan bukti semangat cintakan tanah air yang boleh dipamer dan dibanggakan. Merdekakah bola sepak kita? Anda nilai sendiri. Bagi penulis, perjuangan kita sudah bermula. Kita lah generasi penyambung legasi dan revolusi bola sepak Malaysia.

I love Malaysia. I Choose Malaysia

Comments
  1. Arini says:

    Ma ksh trutama pada kraja,an malaysia..krna saya bisa brada di mlysia dngn aman..dan selamat.bla tntng bola sepak saya suka sama sakir dan badrul dia adalah pemain yg baik dan lincah seperti harimau..aauu…dia sngt hebat mari sokong malaya…ma ksh..

  2. Arini says:

    Brlatih lah trus..dan brjuang demi negara..i lov..bola sepak..shakir jadi pemain yg baik yah?bunda sokong awak..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s