Bintang muda makin ramai ke luar negara; OKS mahu Harimau Muda ke Eropah

Posted: August 25, 2012 in Sembang-Sembang pasal bola sepak
Tags: , ,

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Bertemu kita dalam post kedua dalam minggu ini. Baik, seperti yang semua peminat tegar bola sepak Malaysia ketahui, selepas Safee Sali, Ariff Zulkifly dan Nazmi Faiz Mansor berjaya mendapat tempat di kelab luar negara, kita mendengar khabar gembira bahawa salah seorang remaja berumur 15 tahun, Sean Gan Ginelli telah terpilih mewakili kelab divisyen 4 Itali, Atletico Arezzo yang dilatih oleh bekas rakan sepasukan Diego Maradona, Abel Balbo. Selepas itu pula kita diberi khabar gembira bahawa bintang muda kita, Gary Steven Robbat dan Irfan Fazail telah ditawarkan untuk menjalani ujian di pasukan FC Koln & Hamburg SV. Walaupun tiada sebarang berita mengenai pengesahan ini, jika berjaya membuktikan bahawa permata muda Malaysia ada nilainya di mata pencari bakat bola sepak antarabangsa.

Penulis percaya selain daripada nama-nama yang disebutkan di atas, sebenarnya ramai lagi anak muda Malaysia yang sudah lama berkelana dan bermain di liga eropah & asia. Nama-nama seperti Tam Shun Seang, Titus James, serta Naim Ahmad yang kini berada di Birmingham Academy Football membuktikan bahawa anak watan Malaysia mampu berjaya dan mendapat tempat jika diberi peluang. Penulis percaya peminat-peminat tegar bola sepak pastinya mengetahui ramai lagi nama-nama anak Malaysia yang sebenarnya kini sudah pun berada di luar negara dan mengambil inisiatif sendiri tanpa bantuan FAM untuk mencari kelab dan mengembangkan bakat mereka di luar sana. Syabas diucapkan kepada mereka dan sama-sama kita berdoa supaya mereka berjaya mendaptkan kelab untuk meneruskan karier mereka.

Penulis sedia maklum bahawa isu di atas sudah lama dibangkitkan, namun penulis berhasrat untuk menulis isu ini bagi membuka pihak di atas iaitu FAM bahawa walaupun mereka sebenarnya sudah menjalankan tugas dengan baik dengan membuka sekolah sukan yang berjaya menghasilkan permata baharu, namun mereka seharusnya mengambil inisiatif yang lebih dengan sentiasa update status database mereka, cari siapa lagi pemain yang berkelana di luar negara, memberi bantuan kepada mereka, paling tidak hantar lah seorang dua ke luar negara untuk mendapatkan info terkini. Setidak-tidaknya ia menunjukkan kepada rakyat bahawa FAM peka dengan situasi sebenar bola sepak kita. Penulis mencadangkan supaya sebulan sekali beberapa orang scout atau pencari bakat kita ke luar negara dan menyaksikan bagaimana anak muda kita beraksi. Contohnya, seorang scout pergi ke Portugal melihat kelibat Nazmi, seorang scout pergi ke China untuk melihat kelibat Tam Shun Seang, seorang lagi pergi ke Perancis untuk melihat kelibat Titus James, seorang lagi ke New Zealand untuk melihat kelibat Ariff Zulkifly dan berikan laporan ini kepada coach sama ada Datuk K Rajagopal dan Ong Kim Swee untuk mereka menilai dahulu sebelum memanggil mereka menjalani ujian. Di samping tu, penulis mencadangkan scout ke luar negara itu juga menonton perlawanan-perlawanan kelab lain untuk mempelajari taktikal dan teknik-teknik permainan yang boleh dibawa dan diguna pakai untuk Harimau Muda. Jika ia membabitkan kos yang besar,  FAM boleh menghantar scout atau jurulatih selama 3 bulan ke kelab Cardiff atau QPR yang dimiliki oleh anak Malaysia untuk mempelajari taktik dan teknik permainan.

Baru-baru ini, coach Ong Kim Swee memberitahu supaya program mereka bermain di Eropah, terutamanya Slovakia diteruskan dan mempetimbangkan penyertaan mereka di Liga S serta mencadangkan supaya Skuad Harimau Muda B bermain di Liga S. Penulis secara peribadi bersetuju dengan cadangan itu, tetapi penulis berharap supaya Harimau Muda tidak lagi ke Slovakia untuk bermain perlawanan persahabatan, walaupun bermain dengan 10 team sekalipun. Jikalau boleh, FAM boleh memohon kepada FA Slovakia supaya Harimau Muda bermain dalam liga kompetetif mereka, sama ada Division 1 atau 2 kerana mereka tidak memerlukan perlawanan persahabatan, mereka memerlukan perlawanan yang kompetetif bagi menguji skil taktikal & teknikal. Jika bermain perlawanan persahabatan, ia lebih bersifat eksperiment berbanding bermain kompetetif, dan tidak banyak yang boleh dipelajari oleh mereka. Penulis juga bersetuju supaya tempat mereka digantikan oleh Harimau Muda B di Liga S supaya mereka mendapat lebih manfaat dan saingan yang lebih tinggi, dan penulis mencadangkan supaya tempat mereka ini digantikan oleh gabungan pemain-pemain terbaik SSBJ & SSBP dengan kemasukan daripada pemain yang dipilih menerusi ujibakat yang akan dibuat nanti.

FAM: Jangan takut untuk melakukan perubahan. Anda nadi utama bola sepak Malaysia.

Comments
  1. Harimau muda perlu didaftarkan sebagai kelab jemputan di liga slovakia. Kita tak mahu setakat friendly game. Kita mahu HMA berada disana utk bersaing dlm liga utama slovakia. Jika itu jadi kenyataan, peluang utk pemain muda memikat kelab2 eropah yg lain semakin tinggi. Ada ramai scout dtg ke liga slovakia itu utk mencari bakat baru.

    • yup..itu yg kita nak & harapkan..dikhabarkan FA Slovakia & FAM ada hubungan baik dan FA Slovakia juga pernah menawarkan tempat bermain di liga utama mereka selaku pasukan jemputan. Harap2 deal tu masih boleh diteruskan. Ingat, slovakia pernah muncul 2 kali di piala dunia 2002 & 2010. Jangan sia-siakan peluang itu

    • betul..dgn cara itu lagi mudah kita eksport players kita..bila dorg dipilih main luar negara, kita panggil players harimau muda B pula nak replace mereka

  2. fauziblues says:

    Aku juga mempunyai pandangan yg sama… kalau kita tahap bawahan dah pikir mcm ni takkan yg kat atas tu pikir sama level mcm kita ni kan…harap yg kat atas tu ada idea yg lebih padu..

  3. Paduka says:

    Naim Ahmad lama sdh xmen d birmingham..dia men utk Sabah musim 2012..tp xpernah kena kasi turun..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s