AFF Suzuki Cup 2012; 5 perkara bagi mempertahankan kejuaraan

Posted: July 15, 2012 in Sembang-Sembang pasal bola sepak

Assamualaikum dan salam sejahtera.

Kita semua telah sedia maklum bahawa undian utk AFF Suzuki Cup telah pun dibuat, di mana pasukan Malaysia telah diundi bersama pasukan musuh-musuh ketat kita, iaitu Singapura, Indonesia dan satu pasukan daripada play off. Seharusnya ia menjadi kelebihan kepada kita, apatah lagi kita selaku tuan rumah bersama kejohanan ini beserta satu lagi seteru utama, pasukan Thailand. Semestinya kita idamkan piala ini dijulang di hadapan penyokong Harimau Malaya.

Untuk edisi ini, penulis ingin membincangkan 5 idea yang dicadangkan kepada pasukan Harimau Malaya untuk mempertahankan kejuaraan AFF Suzuki Cup ini.

1. Teruskan bereksperimen

Pastinya anda tertanya-tanya, kenapa perlu kita bereksperimen lagi?Tidak cukupkah pemain-pemain yang telah dicuba setakat ini? Adakah masa untuk eksperimen ini? Dalam hal ini, penulis berpendapat coach Datuk K. Rajagopal boleh meneruskan eksperimen, namun eksperimen itu bukanlah bermaksud memanggil lagi pemain-pemain baharu untuk dicuba kerana kita sudah lihat bahawa ada ramai pemain baru yang dicuba dan dibawa masuk, seperti Shahruain, Azamuddin Akil dan Amiridzuan.

Ia bermaksud eksperimen dibuat dengan mencuba pemain-pemain yang ada untuk bermain di posisi lain, bermaksud menambahkan lagi kredibiliti pemain utk bermain di posisi lain supaya ada back up yang baik sekiranya pemain utama & simpanan digantung perlawanan dan cedera. Kita sudah lihat ketika pasukan Malaysia menentang Singapura di mana Fadhli Shas bermain di pertahanan kiri dan dia bermain dengan cemerlang di posisi ini. Ia juga boleh menjadi satu taktikal surprise kepada pihak lawan.

Satu lagi, boleh diteruskan eksperimen ini dengan kerap memulakan perlawanan persahabatan dengan pemain yang bukan regular dalam 1st team malaysia dan berikan lebih peluang kepada pemain yang dipanggil utk membuktikan kehebatan mereka. Sebagai contoh, mungkin boleh dimasukkan Gary Steven Robbat menggantikan K Gurusamy atau Amar Rohidan atau Faiz Subri menggantikan Kunalan.

2. Bermain dengan formasi selain formasi 4-4-2

Isu ini telah diulas oleh penulis sebelum ini namun tidak secara detail. Namun bagi penulis, pasukan kita terlalu selesa utk bermain dengan formasi yang sama iaitu 4-4-2 dan kesebelasan utama juga sudah boleh diagak dan dibaca oleh pihak lawan. Itu antara sebab mengapa kita kurang menyerlah dalam game-game yang penting.

Jarang sekali kita lihat pasukan Harimau Malaya bermain formasi yang lain, selain 4-4-2. Harus diingat bahawa formasi 4-4-2 boleh digunakan untuk menambah sengat di bahagian serangan, namun ia memberi less protection di bahagian midfield. Setiap kali bermain dengan formasi ini, bahagian pertahanan lebih mudah diserang akibat kurangnya protection daripada midfield. Meletakkan gurusamy sebagan defensive midfielder masih lagi belum cukup utk memberi protection kepada pertahanan kerana akan timbul gap yang luas pula dibahagian tengah.

Oleh itu, boleh dicuba bermain dengan formasi basic 4-5-1 kerana ia adalah formasi yang fleksibel dan boleh diubah untuk menyerang atau bertahan. Bahagian pertahanan kita mudah diserang di bahagian sayap, oleh itu jika bermain dengan formasi 4-5-1 akan menjadikan pasukan Malaysia sebagai pasukan yang kompak dan sukar ditembusi. Kita ada beberapa pemain yang boleh bermain dengan formasi 4-5-1, namun bergantung kepada game plan sama ada ingin melebihkan kepada possession game or attacking game.

Jika bermula dengan formasi 4-5-1, ia boleh berpecah kepada 4-1-2-3, 4-2-1-3 atau 4-2-3-1 serta 4-3-3untuk menyerang, bergantung kepada siapa opponent kita. Dalam formasi ini, jika ingin bermain secara menyerang, kita ada Safee Sali, Azamuddin Akil dan Norsharul Idlan Talaha untuk bermain selaku penyerang, sama ada berperanan sebagai RF, LF & CF atau SS & CF. Sekiranya ingin bermain dengan penyerang tunggal dibantu oleh pemain sayap, pemain yg sama boleh digunakan kerana mereka bukan sahaja boleh memberi hantaran malah boleh menjaringkan gol.

Jika ingin bermain secara bertahan atau possession game, formasi yang sesuai adalah 4-2-3-1 atau 4-1-1-3-1. Penulis lebih gemarkan formasi 4-1-1-3-1 di mana formasi ini akan memberi less space kepada pihak lawan untuk masuk ke pertahanan kita serta lebih mudah kita menguasai bahagian tengah, di mana setiap pemain bermain dengan role masing-masing. Dalam formasi ini, mungkin boleh dicuba Gary steven robbat selaku pemain tengah bertahan/deep lying playmaker, Gurusamy selaku ball winning midfielder dan dibantu Norshahrul & Ashari Shamsuddin di bahagian kiri dan kanan serta Safiq Rahim bermain selaku attacking midfield di belakang Safee Sali.

3. Terapkan game plan yang berlainan.

Dalam permainan pasukan Malaysia, jelas kelihatan bahawa Safiq Rahim akan menjadi nadi utama hantaran-hantaran ke bahagian serangan, selain cross daripada bahagian sayap. Penulis berpendapat bahawa selain daripada mengharapkan kepada hantaran-hantaran Safiq Rahim, pemain sayap juga berperanan sebagai playmaker dengan lebih kerap menghantar through ball berbanding cross kerana pemain-pemain sayap kita mempunyai skil dan kreativiti yang tinggi. Cross yang dilakukan tidak perlu secara byline, malah cross daripada deep dan pin point cross lebih berkesan kerana dalam situasi ini, pemain pertahanan sukar mengagak pergerakan bola itu, berbanding byline cross yang mana mudah dikeluarkan oleh pertahanan.

Hantaran-hantaran jauh juga perlu dikurangkan dengan melebihkan kepada mixed passing. Ini kerana apabila dalam keadaan terdesak, pemain kerap menghantar bola jauh di mana kerapkali pemain kurang bersedia menerima bola berkenaan. Mixed passing membantu apabila dalam keadaan terdesak kerana hantaran dibuat mengikut kedudukan pemain.

4. Perbanyakkan perlawanan persahabatan

Ini adalah quote yang paling famous, iaitu kerapkan bermain perlawanan persahabatan. Namun kerapkali jika tewas, peminat berkata “Main friendly byk2 pun kalah juga”. Maksud penulis adalah bermain perlawana persahabatan dengan menyertai pertandingan atau wujudkan satu kejohanan sebelum AFF Suzuki Cup dengan memanggil pasukan daripada benua lain atau pasukan Asia selain Asean untuk menyertainya. Ini kerana jika bermain perlawanan persahabatan biasa, momentum perlawanan itu adalah lebih kepada santai dan eksperimen berbanding bermain dalam kejohanan atau pertandingan. Boleh dicadangkan kepada FAM untuk mengadakan Pestabola Merdeka selepas raya dan sebelum AFF Suzuki Cup bagi membolehkan pemain mendapat momentum dan mood bermain dalam pertandingan sebelum AFF Suzuki Cup, dan melatih mental pemain untuk mendapatkan kemenangan dalam apa jua keadaan.

5. Kerapkan bermain di luar Malaysia

Apabila menganjurkan perlawanan persahabatan atau menyertai kejohanan, adalah digalakkan untuk bermain di luar Malaysia. Ini kerana apabila bermain di luar Malaysia, ia lebih menguji ketahanan mental apabila bermain di gelanggang lawan. Kerapkali apabila bermain di luar Malaysia, pasukan kita tewas dan gagal bermain dengan baik, dan salah satunya adalah mental yang tidak kuat kerana apabila terjadi, pemain tidak boleh deliver result dalam keadaan yang genting.

Jumpa lagi di edisi akan datang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s