Satu menang, 2 seri: Bolehkah kita berbangga dengan prestasi terkini skuad Harimau Malaya?

Posted: June 16, 2012 in Sembang-Sembang pasal bola sepak

Assalamualaikum wbt.

Sudah agak lama penulis tidak update blog ini atas kesibukan yang melampau. Pada hari ini Alhamdulillah ada masa yang terluang utk penulis memberikan pendapat mengenai bola sepak tanah air.

Penulis baru-baru ini berkesempatan utk ke stadium shah alam utk menyaksikan perlawanan persahabatan antara Malaysia v Singapura, di mana pasukan kita menang 2-0.Pada pengamatan penulis, malam itu pasukan Malaysia bermain dengan cukup bersemangat, cukup kental dan bermain bermati-matian. Kita dapat lihat sendiri bagaimana Safiq Rahim rajin membantu bahagian tengah dengan melancarkan gerakan serangan dibantu Gurusamy yang menjadi defensive midfielder yang baik, mematikan pergerakan tengah pasukan Singapura. Norshahrul juga pemain yang perlu diberi pujian atas gerakan & trick yang baik serta pin point cross yg tepat utk Shakir menjaringkan gol.

Penulis juga melihat Fadhli Shas sebagai pemain yang boleh dilatih menjadi pemain serba boleh apabila diletakkan sebagai pemain pertahanan kiri. Mungkin selepas ini kita akan ada seorang John O’Shea Malaysia yang mana boleh bermain di bahagian pertahanan tengah, kiri dan kanan.

Cuma selepas ini pemain-pemain harus lebih fokus dan creative jika perlawanan itu tidak memihak kepada kita. Sebagai contoh apabila pasukan kita seri dengan pasukan Filipina, di mana deretan peluang di persia begitu sahaja. Dalam situasi berkenaan, mungkin boleh dicuba beberapa formasi ketika permain, Coach Dato K Rajagobal gemar menurunkan pemain dengan formasi 4-4-2 dan akan tetap bermain dengan formasi itu sehingga tamat perlawanan, dengan pertukaran yang dilakukan hanya melibatkan perubahan posisi. Penulis berpendapat ketika perlawanan menentang Filipina, kita seharusnya bermain dengan flair, bermaksud lebihkan pemain dibahagian kiri dan kanan, sama ada RWF & LWF, serta ada 3 pemain di bahagian tengah, 1 sebagai defensive midfielder, 1 sebagai ball winner dan satu sebagai attacking @ advance playmaker. Penulis sebenarnya ingin melihat pasukan Malaysia bermain dengan beberapa formasi lain dalam 1 perlawanan. Contohnya bermula dengan standard 4-5-1 dan berkembang menjadi 4-3-3 ketika menyerang, dengan 3 penyerang, iaitu RF, LF & CF, sesuatu yang jarang dilakukan ketika ini berbanding RWF & LWF. Ketika bertahan ia menjadi 4-2-3-1 atau 4-2-1-3 di mana safiq di bahagian tengah membantu 3 serangkai serangan. Penulis berpendapat dengan cara begini, ia mengelakkan game plan kita mudah di agak oleh pihak lawan, terutamanya lawan yang lebih kuat daripada kita.

Selain itu, harus dipelbagaikan lagi rangkaian serangan serta corak hantaran. Mungkin boleh dicuba dengan kerap menghantar pin point cross seperti yang dibuat MatYo kepada Shakir dan deep cross. Sebenarnya tidak salah untuk membuat hantaran jauh asalkan tepat kepada sasaran. Ini kerana jika dilihat, pemain gemar membuat hantaran pendek yang kadang-kala tidak sampai kerana tidak melihat kedudukan rakan. Kerap kali pemain menghantar hopeful pass, di mana hantaran dibuat dan mengharapkan pemain hadapan mengejar hantaran itu. Ia akan menyukarkan game plan kerana penyerang akan mudah di kawal dan angle serangan mudah ditutup.

Cubalah & rajinkanlah menonton perlawanan Euro 2012 utk melihat permainan terkini pasukan hebat dunia, kerana banyak yang boleh dipelajari seperi hantaran cross yang tepat serta penyerang2 yang pandai mencari ruang utk melakukan rembatan dan cubaan. Sekian, terima kasih.

P/S: Lama dah tak tgk mana2 pasukan bermain dengan role RF (Right forward & Left forward)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s