Assalamuaikum wbt.

Pada kali ini, penulis ingin menulis mengenai mutu permainan Pasukan Liga M. Penulis sebenarnya tertarik dengan kata-kata jurulatih pasukan Semen Padang ketika perlawanan persahabatan menentang pasukan Perak, yang memberitahu bahawa dia tidak risau dengan permainan Perak kerana permainan mereka dengan pasukan Liga M ini sama sahaja. So di sini, agak-agak betul atau tidak statement itu?

Pada pengamatan penulis, ada logiknya statement itu. Pertama sekali, cuba kita lihat dan kaji corak permainan pasukan-pasukan di Liga M. Penulis melihat bahawa corak permainan pasukan Liga M lebih kurang sama. Dari segi taktikal, mungkin berbeza dari segi formasi, sama ada mengadaptasi formasi 4-4-2 atau 4-5-1 dengan dipecahkan kepada 4-2-3-1 atau 4-3-3 ketika menyerang. Namun ketik dipersembahkan di padang, antara kelemahannya ialah passing yang tidak accurate kepada team mate, atau bahasa mudahnya passing tak tepat, terutamanya ketika menyerang. Rata-rata pasukan di liga M gemar bermain dengan corak yang pantas, namun menjadi gopoh kerana terlalu cepat menghantar bola tanpa melihat kedudukan rakan ketika menyerang. Mereka ibarat mahu bermain facny games namun penyudahnya kurang cermat, menyebabkan rangkaian serangan terputus di bahagian tengah.

Jika kita lihat taktikal ketika bertahan, kebanyakan pasukan Liga M selalu mudah diserang kerana sama ada kurang focus ketika bertahan serta banyak memberi ruang kepada pihak lawan memasuki kawasan pertahanan. Ini berlaku sama ada kurangnya protection daripada bahagian tengah serta kerapnya fullback hilang or out of position. Itu tidak termasuk dengan silly mistakes or schoolboy error. Jarang juga melihat kelibat penjaga gol berkomunikasi dengan pertahanan dan memberi alert yang awal mana yang perlu di mark kecuali ketika corner atau free kick.

Bahagian tengah merupakan nadi sesebuah pasukan, kerana mereka yang merencana serangan dan membantu pertahanan. Dari segi taktikal bertahan, mereka kerap kali memberi ruang kepada pemain tengah lawan melakukan hantaran ke kawasan pertahanan ataupun cross, walhal ia boleh dielakkan dengan kerap press pemain yang hold bola dan man mark pemain yang naik utk menyerang. Ibaratnya kurangkan options kepada playmaker utk melancarkan serangan. Tidak perlu man mark the whole team, just close down player who holds the ball and the playmaker and also close down the attacking players.

Dari segi serangan, pasukan liga M kini banyak menggunakan bahagian tengah berbanding bahagian sayap. Ia bergantung kepada situasi, namun hantaran tepat kepada penyerang amat perlu dan ini yang perlu diperbaiki. Pemain tengah yang kreatif boleh cuba melakukan through ball dengan pelbagai cara, sama ada bola bawah ataupun long ball, namun perluah accurate. Pemain sayap juga memainkan peranan penting, Mereka juga boleh mempelbagaikan hantaran, tidak semestinya melalui byline cross yang kerap kita lihat. Mungkin boleh dicuba seperti deep cross, floating cross dan pin-point cross. Pemain sayap juga perlu ada ability utk jaringkan gol dan bagi yang skilful, cuba lah beranikan diri memecah pertahanan melalui skil yang ada ataupun move into channel. Dengan ini, penyerang boleh mencari ruang utk squeeze in dalam penalty box and to score goal.

Namun penulis berpendapat ada pasukan yang bermain secara tersusun dan nampak taktikal disiplin ketika bermain, seperti pasukan Kelantan, Selangor, Terengganu, T-Team, Lions XII dan Negeri Sembilan. Oleh itu, pasukan-pasukan di liga M perlulah konsisten dalam bermain secara taktikal dan tersusun kerana corak permainan liga M mencerminkan sedikit sebanyak corak permainan skuad kebangsaan.

Jumpa lagi di edisi akan datang

Comments
  1. iskandar salleh says:

    Dr segi taktikal semua sama kerana lesen jurulatih FIFA menggunakan modul yg sama di seluruh dunia. Yg membezakan player kita dgn player luar contoh Ronaldo ialah conditioning yg merangkumi aspek strength, speed, power, endurance, agility, accuracy, co ordination.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s