Lions XII: Hebat sangatkah mereka ini?

Posted: April 11, 2012 in Sembang-Sembang pasal bola sepak
Tags: , , , , , , , ,

Assalamualaikum wbt.

Disebabkan hari ini cuti, saya ada masa untuk menulis satu artikel mengenai pasukan jemputan dalam Liga Malaysia, iaitu Pasukan Lions XII. Pasukan ini rata-rata dibarisi oleh bintang pasukan nasional Singapura iaitu Shahril Ishak dan ramai lagi. Kehadiran mereka setakat ini dilihat memberi impak yang positif dan menghadirkan pelbagai reaksi kepada penyokong.

Jika kita lihat di awal musim, team ni nampak goyah apabila tewas dua kali di laman sendiri menentang Kelantan & Terengganu. Tetapi graf persembahan mereka meningkat sehingga sekarang, mereka ibarat unbeatable & berada di puncak liga walaupun bermain lebih perlawanan. Apa yang penulis nak komen di sini ialah kehadiran mereka memberi pelbagai impak & reaksi dalam Liga M kita.

Pertama, mereka telah menewaskan banyak pasukan di dalam liga M kita seperti semalam, menewaskan Perak 2-1, mengalahkan Negeri Sembilan 4-2 di gelanggang lawan dan pelbagai keputusan yang memihak kepada mereka. Persoalannya, hebat sangatkah mereka ini? In my view, they are a strong team. Cuba lihat bagaimana mereka susun atur gerakan permainan mereka. Shahril Ishak tidak tertumpu bermain di satu tempat sahaja. Pemain mereka sentiasa bergerak, atau dalam istilah Football Manager “roaming from position”. Mereka sentiasa press opponenet bila mendapat bola, dan menyebabkan lawan mudah hilang bola. Lebih-lebih lagi ia dibantu oleh perasaan panik players yang menghantar bola secara melulu, menyebabkan pemain Lions XII mudah mendapat bola & melancarkan serangan. Harus diingat juga bahawa mereka mempunyai fullbacks yang bagus, lebih2 lagi apabila crossing. Mereka tidak membuat byline crossing seperti mana team2 di Liga M. Mereka kerap kali menghantar crossing from deep dan aim to player di far post, kerana jika kita cross from byline, 2 centre backs sudah sedia menunggu untuk buat clearance, tetapi bola drpd deep cross “sukar dijangka” ke mana hala tuju bola itu, dan selalunya bola itu akan cepat ke far post. Semasa mereka attack from deep cross, pasti ada seorang player unmark di far post, usually Lions XII fullback/winger ada di situ kerana defenders team Liga M selalu hilang or out of position & selalu tertumpu di bahagian tengah pertahanan. Mereka juga berbahaya daripada situasi bola mati (dead ball) sama ada from free kicks or corner kicks, atau pun hantaran tinggi kerana pemain mereka juga cekap memenangi bola di udara.

But, impak lain adalah mereka mudah mendapat penalti, walaupun dalam situasi yg doubtful. Isu ini amat subjektif kerana hanya pengadil & linesman yang boleh explain because it’s their job. But ia cukup untuk buat penyokong kita marah & beremosi. Ini disebabkan sentimen ketika Malaysia tewas dengan Singapura ketika kelayakan Piala Dunia. Sentimen penyokong sekarang is mereka mahu Lions XII kalah sebanyak yang boleh & tak mahu mereka menjadi juara. Penulis percaya itu sebabnya penyokong merusuh kerana mereka menang, yang kadang kala mereka menang kerana penalti yang doubtful. For me, hatta terjadi sekalipun, penyokong kita harus/wajib BEHAVE OURSELVES. Amukan & rusuhan ini tunjukkan bahawa kita sukar menerima kekalahan & move on, dan imej bola sepak kita juga menjadi buruk. Cuba bayangkan jika ia terjadi ketika Harimau Muda kita bermain di Liga S. Setiap kali menang mereka dilempar dengan botol2? Jangan lupa mereka pun pasukan jemputan di Liga S & berada di top 5 Liga S, hanya tewas SEKALI.

Now, persoalannya, adakah mereka ini unbeatable. The answer is NO. Bagaiman Kelantan & Terengganu boleh menang di Stadium Jalan Besar harus dijadikan punca & bukti bahawa mereka boleh ditewaskan. How? Terpulang kepada percaturan jurulatih. Tetapi apa yang perlu diimprove ialah cara bermain yang lebih tersusun, kawalan bola yang kemas, hantaran2 yang mudah & accurate kepada team mate serta taktikal disiplin yang tinggi ketikan bertahan. Lions XII adalah pasukan kuat namun berjaya menang kerana kealpaan player sendiri. Jika team Liga M bermain secara tersusun tactically, it will frustrate them and make them lose their tactical discipline. Make it happen and you can beat them.

Jumpa lagi di edisi hujung minggu pula.

Comments
    • hamran says:

      tak ada lah hebat sangat singapore12…kalah lagi malam ni dengan Red Warriors 3 – 0. Kelantan berada di dalam kelas yang tersendiri bertaraf AFC Cup…..

  1. asoufi says:

    good write… terus menulis

  2. mdfaizal says:

    Selangor juga dah tunjuk cara utk kalahkan mereka, terutama masa seri 1-1 di Jln Besar.
    cuma nasib tak menyebelahi selangor waktu tu.

    Spt malam td perak juga mampu kalahkan LionsXII, mereka tewas disebabkan kesilapan pertahanan & mensia2kan peluang.

  3. king kong temasik says:

    alahai perak dh terang lg bersuluh lions tu selalu main long ball…tp si nantakunar
    harap tinggi je lebih time bola tinggi hancus dgn player yg kecil..hampehhh.

  4. Mohamad Adli says:

    Tahniah kepada Lions 12 dan setuju bahawa mereka bukan kuat sangat dan boleh di tewaskan. Tetapi satu penjelasan… Lions 12 mempunyai 4 pemain yg senior iaitu lebih 23 tahun. Yang lain umur bawah 23 tahun. Kebanyakan 19 – 22 tahun, kiranya masih budak2 dalam arena bolasepak. Semua pemain Lions 12 adalah kelahiran Singapura, tiada pemain import. Bandingkan dengan pasukan2 lain. Tiada batasan pada umur, ada pemain import, sudah lama beraksi dalam MSL dan budget yang melambung ke langit. Betul, padang synthetic memang lain sedikit ‘roll’ dan ‘bounce’ tetapi janganlah buat ia satu ‘excuse’ bagi keputusan yang terjadi. Sebagai professionals, pemain harus adapt pada pelbagai padang yang mereka tandingi. Satu lagi perkara yang saya mahu ‘highlight’ ialah sudut ‘psychological’ bahawa lions 12 ada ‘siege’ mentaliti, mereka rasa di ‘benci’ oleh pasukan2 lain ( ada benarnya ). Dengan itu, mereka lebih bersepadu dan lebih motivated untuk membukti dan mendapat kejayaan. Inilah satu pandangan dari seorang peminat bolasepak dari Singapura. Harap dapat fikirkan apa yang dikata.

    • thank u very much fr ur comment. I really appreciate it, especially from a football fans from Singapore. Pendapat saya juga, team dari Malaysia perlu fikirkan dari segi taktikal untuk menewaskan Lions XII, kerana most of the teams bermain terlalu bertahan di stadium jalan besar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s