Tan Sri Annuar Musa digantung; Drama FAM?? Isu pemilihan pemain import oleh FA di Malaysia

Posted: April 8, 2012 in Sembang-Sembang pasal bola sepak
Tags: , , , , , , , , , , ,

Assalamualaikum wbt.

Minggu ini penulis ingin memberi pendapat mengenai 2 isu yang disebut di atas. Kecoh sebentar dunia bola sepak kita, terutamanya peminat bola sepak Kelantan apabila Naib Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa digantung 2 tahun 6 bulan oleh FAM. Isu kritikan beliau ke atas persembahan bola sepak kebangsaan di katakan sebagai salah di sisi undang-undang tubuh FAM kerana hanya Presiden & Setiausaha Agong sahaja yang boleh beri press statement mengenai persembahan skuad negara. Jadi ia bermaksud sebelum nak kritik, kena guna saluran yang betul menerusi FAM sebelum beri press statement. Tapi bagaimana jika ditanya on the spot oleh wartawan? Nak refer dulu FAM? Adakah logik penggunaan undang2 itu dalam situasi berkenaan. Bayangkan jika Naib Presiden lain ditanya mengenai soalan ini, jawapan yang mungkin keluar ialah “sekejap ye, saya kena tanya FAM dulu baru boleh komen, takut kena tindakan nanti” Correct me if I’m wrong but this is the interpretation from the FAM law isnt it? Kita selaku peminat bola sepak boleh beri beberapa kesimpulan iaitu FAM adalah badan induk yang perlu ditegur menerusi saluran FAM dahulu sebelum outburst ke media. If you do that, it’s all over. Kedua, kita boleh kritik skuad kebangsaan di media jika kita bukan ahli FAM, sebab yang akan tindakan ialah ahli FAM sahaja. Am i right?

Cukup kita diskus isu ini. Bulan ini adalah bulan yang ditunggu2 oleh FA di Malaysia, kerana mereka boleh menandatangani pemain import baru. T-Team, Selangor PKNS, Felda United & Sarawak telah menandatangani pemain import terbaru dan ada nama yang dikenali seperti Joel Epalle, bekas pemain kebangsaan Cameroon dan pernah bermain di Bundesliga. FA harus beringat bahawa mereka perlulah memilih pemain yang boleh deliver, tidak semestinya menjaringkan gol tetapi memberi kemudahan yang besar kepada pemain lain, which is a team player. Jangan lagi ada lagi kes2 pemain import kurang bermutu dipilih seperti Popovic. Namun, berilah mereka peluang menonjol dahulu dan janganlah terlalu tergesa-gesa mahukan mereka beri impak dengan cepat, kerana ada antara mereka belum suit dengan cara permainan pasukan. Lihat sahaja Hamidin yang bermain di Kedah, Nwoha & Mohammad Ghaddar yang sekarang ini menyerlah apabila tenggelam di awal musim.

Sekian, jumpa lagi di edisi akan datang

 

Comments
  1. Muhd Shatar says:

    saya bersependapat dengan tuan dan memang bercadang nak ulas tentang reporter yang sudah pasti bertanya, kalau timbalan pengerusi skuad bole sepak kebangsaan Anuar Musa senyap, apa guna jawatan di sandang. Baik makan gaji buta lebih kenyang dari bersuara. Pengawai di FAM sudah lama berdiam sebab itu kekal bertapak

    • saya teingat keratan akhbar di harian metro apabila Sultan Pahang bertitah mengenai kebebasan bersuara. tetapi bukankah Tan Sri memberi pendapat tentang keadaan sebenar, dan itu hanyalah pendapat peribadi. Saya persoalkan logik undang2 FAM bila Tan Sri atau Officials FAM jika ditanya on the spot, perlukah jawapannya seperti ini “Saya kena tanya FAM dulu boleh jawab ke tak soalan awak tu” kepada wartawan yang tugasnya tanya soalan yang diminta oleh ketua editor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s