Edisi Khas 2: Mentaliti FA & FAM

Posted: March 10, 2012 in Sembang-Sembang pasal bola sepak

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Minggu ni Edisi Khas 2 akan menceritakan mengenai mentaliti bola sepak di kaca mata FA & FAM.  Minggu ini kita telah menerima berita mengenai ranking bola sepak kita yang jatuh ke angka 153, jatuh satu anak tangga daripada 152. Jatuh 1 anak tangga tapi jatuh tetap jatuh dan kini kita berada di antara 60 pasukan terbawah dunia. Adakah ini satu petanda postif ataupun malapetaka? Apakah tindakan FAM seterusnya? Takkan nak berdiam diri lagi?

Kita juga sekarang ini mendengar khabar bahawa Pasukan Malaysia akan menentang gergasi bola sepak dunia, Manchester United, AC Milan & Barcelona bulan jun ini. Sama ada benar atau tidak, kita tunggu pengesahan rasmi daripada FAM serta kelab2 berkenaan. Namun, soalnya, apakah relevannya melakukan aksi2 sebegini? Kita sedia maklum bahawa ketika ini pemain-pemain bintang pasukan berkenaan sedang bertarung di Euro 2012. Jadi siapa sebenarnya yang datang bermain? Adakah pasukan reserve yang akan datang? Kenapa FAM tidak membuat aksi persahabatan ketika ini? Adakah mereke melihat aksi melawan kelab utama ini lebih penting berbanding aksi persahabatan yang boleh mendatangkan manfaat serta points & menaikkan ranking kita?Mana pergi matlamat FAM yang mahu menaikkan ranking kita ke tahap yang lebih baik?

Penulis sempat berbual dengan seorang peminat bola sepak tegar yang mana ketika zaman Malaysia tengah top, kita boleh tewaskan Vietnam 11-0. Sekarang, Vietnam berada di dalam ranking top 100 sementara ranking kita makin jatuh. Apa silapnya? Mungkinkah FAM perlu dirombak secara total dengan menggantikan keseluruhan pentadbiran & diganti oleh bekas pemain-pemain bola sepak yang lebih mahir dalam soal ini? Tepuk dada tanya selera.

Kita tidak nafikan bahawa ada FA negeri yang mementingkan pembangunan bola sepak bagi melahirkan talent-talent yang lebih mantap. Namun tidak banyak yang melakukan sedemikian. Bagi penulis, sudah tiba masanya untuk FA negeri percaya dengan bakat yang ada dan tampilkan mereka dalam aksi liga super daripada sibuk menandatangani pemain bertaraf bintang. Ini boleh membantutkan pembangunan bakat-bakat muda kerana mereka tiada tempat untuk meningkatkan taraf permainan mereka. Sampai bila pemain2 remaja yang berbakat bermain di Piala President? Apa yang akan jadi kepada kareer mereka selepas tamatnya Piala Presiden? Penulis juga merasakan bahawa jika FA mendapat tawaran lumayan ke atas pemain bintang mereka untuk bermain di luar negara, lepaskan saja mereka bermain di luar negara. Pemain itu yang beruntung kerana boleh meningkatkan kareer mereka, FA yang untung kerana mendapat bayaran yuran perpindahan yang lumayan, negara juga untung kerana ada player yang bermain di luar negara yang hebat. Ketika inilah FA seharusnya menaikkan level pemain muda berbakat daripada bermain di Piala Presiden kepada menjadi pemain utama skuad mereka. Mana tahu pemain itu bakal menjadi the next Safee Sali?

Jumpa lagi di edisi akan datang.

Comments
  1. saj23 says:

    tapi ade ke pihak FAM nak baca idea kite ni….diorang fikir diorang lebih bijak agaknya berbanding kita…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s