Edisi Khas 1: Mentaliti Orang Awam mengenai bola sepak di Malaysia

Posted: March 3, 2012 in Sembang-Sembang pasal bola sepak
Tags: , , , , , , ,

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Baru-baru ni penulis berbual bersama beberapa rakan2 yang hard core dlm bola sepak..mereka mengatakan bahawa isu mentaliti adalah antara isu yang perlu diubah dahulu. Penulis dengan itu cuba merungkaikan isu ini dengan membahagikan isu ini kepada beberapa kumpulan. Minggu ini, penulis ingin menyentuh mengenai mentaliti keluarga dan orang awam mengenai bola sepak (tidak termasuk penyokong).

Seperti yang kita tahu, bola sepak merupakan sukan no 1 di negara kita. Tanya lah sapa2 pun, majoritinya suka bola sepak. Sama ada suka menonton atau bermain, itu belakang kira. Tetapi, adakah mereka melihat sukan bola sepak sebagai hobi atau sumber pendapatan?? Adakah ibu bapa setuju anak mereka bermain bola sepak sebagai kareer mereka? Adakah sebenarnya orang awam yang betul2 menyokong bola sepak kita(tolak ke tepi ultras setiap negeri).

Penulis teringat iklan TM tahun lepas. Mesti ramai yang tgk iklan tu apabila Ramli bermain di Manchester United. Dialog pertama iklan itu ialah

Ramli: “Ayah, Ramli skor 2 gol hari ni!! (tersenyum bangga sambil menunjukkan pialanya)

Ayah: “Hei, Anak jiran sebelah skor 9A tau!!

Nampak tak? Di sini sebenarnya tidak ramai lagi ibu bapa yang mahukan anaknya fokus dalam bola sepak sebagai mata pencarian mereka. Mereka tidak nampak lagi sebenarnya bahawa bola sepak ni boleh buat duit atau mata pencarian. Mereka masih melihat bola sepak sebagai hobi utama sebagai satu cara untuk aktif dan bersenam.

Namun, tidak dinafikan, ada ibu bapa yang menggalakkan anak mereka bermain bersungguh-sungguh dalam bola sepak jika mereka lihat anak mereka ada potensi. Contoh terbaru ialah Kumarehan yang dipilih untuk mengembangkan bakatnya di Cruzeiro, Brazil. Apa yang perlu ibu bapa lakukan kini ialah berikan peluang kepada anak mereka yang berpotensi untuk fokus dalam bola sepak serta sokongan yang jitu. Kejayaan Safee Sali yang mendapat kontrak lumayan RM 2 juta ringgit harus dijadikan sebagai pemangkin untuk melahirkan lebih ramai footballers yang muda dan berbakat. Siapa kata bola sepak tak boleh buat duit??

Dari segi mentaliti orang awam pula, penulis teringat dikala kita tewas besar 4-0 dengan Jepun baru2 ini. Rakan penulis di dalam twitternya mengatakan “dari main bola baik kerja dekat giant je..” “main apa ni sampai kalah teruk sangat” “tukar la coach tu” “bola sepak malaysia dah tak ada sinar dah”Penulis merasakan orang-orang seperti ini tidak menghargai footballers di Malaysia. Kita tidak nafikan bahawa ramai kecewa dengan kekalahan itu tetapi kita harus tahu bahawa itu pasukan bola sepak kita? Kalau kita sendiri yang condemn, siapa lagi yang nak sokong? Ada juga politician yang secara halusnya mahu meranapkan bola sepak dengan menjadikan padang permainan sebagai kawasan penbangunan atas alasan nilai hartanah yang tinggi. Kita kena sedar yang jatuh bangun bola sepak terletak di tangan penyokong juga. Kita sudah ada sinar cuma belum terang, hanya tunggu masa untuk suluhan sinar itu berkilau semula.

P/S: Teringat kata-kata Shebby Singh: Jika saya boleh, saya mahu berikan seluruh rakyat Malaysia sebiji bola sepak untuk dimainkan. Fikir-fikirkan.

Jumpa lagi pada edisi yang seterusnya.

Comments
  1. AsH says:

    bola sepak malaysia bkn mcm di eropah..player eropah kaya2 dan gaji yg dibayar sgt mahal dibandingkan dgn gaji yang dibayar oleh persatuan bola sepak negeri atau kelab. kadang2 gaji sampai tertunggak 3, 4 bulan. mugkin tu antara sebab ramai ibu bapa x menggalakkan anak mereka menjadikan bola sepak sebagai karier.

  2. DEON SICHIAWAN says:

    BOLASEPAK DI MALAYSIA SUSAH NAK MAJU LG MEMANDANGKAN BANYAK PERKARA YG PERLU DI ATASI SEPERTI PEMILIHAN PEMAIN UNTUK MEWAKILI SKUAD KEBANGSAAN. RASANYA TAK SEMUA PEMAIN DARI SETIAP NEGERI BERJAYA MENDAPAT TEMPAT DI MATA JURULATIH. LAIN CERITA KALAU JURULATIH ITU DAH KEHABISAN PEMAIN BARULAH DIA NAK SELIT2KAN PEMAIN YG TAK PERNAH ADA PADA PANDANGAN DIA. PIHAK FAM TAK PERNAH MENDENGAR RUNGUTAN,KOMEN ATAU PENDAPAT UMUM KHASNYA PEMINAT BOLASEPAK.GAJI..BILA PEMAIN MALAYSIA ATAU NEGERI AKAN MENDAPAT GAJI SELUMAYAN SAFEE SALI. MEMANG ITU REALITI BUAT SAFEE TAPI BUKAN UNTUK PEMAIN LAIN. SAYA PERNAH MENDAPAT INFO MENGENAI GAJI/ELAUN SKUAD LIGA SIMPANAN PUN TAK MENCECAH SERIBU..JADI SECARA TIDAK LANGSUNG IBUBAPA BOLEH BERFIKIR BAHWA BOLASEPAK DI MALAYSIA TIDAK MENJAMIN MAA DEPAN DAN HANYA BERKISAR PADA GLAMOUR SAJA.TANYALAH SAPA MAHU KORBANKAN MASA DEPAN PADA BOLASEPAK KALAU TIADA JAMINAN PADA MASA DEPAN SEPERTI YANG DIJANJIKAN OLEH AKADEMI/PELAJARAN. LAGI SEPERKARA BOLASEPAK TAK AKAN MAJU TANPA CACI MAKI PEMINAT DAN PENYOKONG YANG SANGGUP MENGHABISKAN DUIT UNTUK TIKET DAN KOS PENGANGKUTAN TAPI KITA DISAJIKAN DENGAN PERMAINAN KELAS REMAJA SEKOLAH. PEACE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s