Tewas di tangan Jepun: Adakah lagi sinar harapan untuk Bola Sepak Malaysia?

Posted: February 25, 2012 in Sembang-Sembang pasal bola sepak
Tags: , , , , , , , , , , , ,

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Seperti yang semua tahu, pasukan Harimau Muda kita telah tewas baru-baru ini kepada Jepun 4-0. Timbul cakap-cakap mengenai orang ramai yang tidak berpuas hati dengan permainan Malaysia malam itu. Ada yang mengatakan bahawa Jepun pasukan yang sangat bagus & standard kita masih jauh jika dibandingkan dengan mereka. Ada yang berpendapat pemain bermain dengan teruk, passing tak betul, 1st touch tak kemas, ada juga yang mengatakan coach Ong Kim Swee tersilap taktik ketika menggunakan formasi 4-4-2 malam tu, yang mengakibatkan bahagian tengah hancur. Namun semuanya sudah berlalu. Tiba masanya kita renung kembali, apa yang perlu di buat selepas ini.

Selepas kita tewas baru-baru ni, penulis merasakan bahawa sudah tiba masanya intensity pembangunan bola sepak di Malaysia dipercepat dengan kadar segera. Kita lihat sendiri bagaimana permainan Jepun di separuh masa kedua. Mereka tidak takut untuk menyerang, membuat gerakan yang menarik serta mampu menjaringkan gol. Mereka kelihatan mantap dari segi teknikal seperti 1st touch & ball control dan bergerak dengan cemerlang dari segi taktikal. Mereka bergerak dan menghantar bola dengan kemas, serta menerapkan possession football dalam permainan mereka.

Persoalannya sekarang, apa perlu kita buat sekarang? Perlukah kita hantar kembali mereka ke Slovakia utk training? Mampukah mereka berkembang apabila bermain di Liga S? Haruskah kita develop player2 muda kita?Penulis merasakan bahawa sangat banyak persoalan yang tak mampu dijawab ketika ini kerana ia terlampau banyak. Namun, penulis merasakan bahawa sebenarnya ada sinar kebangkitan dalam permainan bola sepak kita sebenarnya, cuma ada penambah baikan yang perlu dilakukan dengan segera.

Pertama ialah tumpu & kemaskan 1st touch, ball control & passing. Apa yang dilihat ialah apabila 1st touch tidak kemas, maka mudah bagi opponent untuk merampas bola, lebih2 lagi apabila mereka buat man marking & dipressure oleh pihak lawan. Ball control juga sama penting dengan 1st touch. Bagi passing, sebenarnya kita ada 3 players yang memiliki kreativiti yang mantap, iaitu nazmi faiz, gary steven & irfan fazail. Cuma kita perlukan more thinking players dalam padang yang boleh buat decision dengan tepat & pantas. Ia boleh dibantu dengan permainan kreatif oleh pemain sayap & striker seperti wan zack haikal, wan zaharul nizam & syahrul azwari.

Kedua, penulis merasakan bahawa dari segi bertahan, kita perlu mantapkan bahagian pertahanan kiri & kanan. Apa yang dapat diperhatikan ialah pertahanan kiri & kanan kerap kali caught off guard & off position. Jika dilihat kembali, kebanyakan gerakan pasukan Jepun & game2 lain juga, kita banyak diserang di bahagian sayap. Mungkin boleh dicuba kaedah zonal marking di bahagian kiri & kanan serta protect their own area serta kekalkan man-marking di bahagian pertahanan tengah.

Ketiga ialah untuk pembangunan jangka panjang. Kita sebenarnya masih lagi kekurangan akademi bola sepak. Kewujudan Piala Presiden tidak dinafikan membantu namun kita perlu develop players di usia yang awal lagi. Kita ada akademi SSBJ, SSBP, Akademi Bola Sepak Al-Hamra di Kelantan serta Akademi Bola Sepak Terengganu. Ada juga akademi2 lain di lembah kelang namun persoalannya apa yang terjadi kepada bakat-bakat itu? Di sini FAM patut turun padang, bukan sahaja di sekolah2 malah di private2 akademi supaya mereka boleh di push utk bermain di Harimau Muda B. Di situ mereka boleh bermain & bersaing secara kompetetif. FAM juga perlulah dengan KERAP menjemput coach-coach luar negara untuk menjalankan scouting di sini & pilih anak-anak muda yang berbakat untuk dibawa. Kita sudah ada Kumaresan yang dibawa ke kelab terkemuka, Cruzeiro di Brazil. Kita perlu produce lebih ramai lagi talent-talent muda kita.

Penulis juga menyanjung tinggi semangat Ultras Malaya yang terus menyokong di SNBJ walaupun tewas 4-0. Sebenarnya ada potensi untuk pasukan kita maju cuma masa yang akan menentukan. Ingat, sebelum Sir Alex Ferguson berjaya seperti sekarang, dia TIDAK memenangi sebarang trofi untuk Manchester United selama 5 TAHUN! Bukan senang untuk bina empayar..

Quote for our supporters

“Sebelum mampu untuk berlari pantas, adalah biasa kita terjatuh”

“Jangan bersorak ketika menang kalau tak mampu menyokong ketika kalah….”

Selamanya Harimau Malaysia! Selamanya oh Malaysiaku!

Keep the faith!

Comments
  1. Juragan says:

    rasanya apa yang diperkatakan kat atas ni ada betulnya dan rasa club2 negeri2 dan lain perlu di privatekan,mcm negara2 lain.tak perlu ahli2 politik atau menteri2 kadang2 bukan tau sgt nak handle bola,tapi kalau bisnesman pegang diorg nak untung diorg akan buat sehabis baik tuk club2 diorg,bg facilities,teknologi terkini.ini cam terkebelakang jer semua ni😉 http://www.facebook.com/FabricStudio

    • terima kasih atas komen2 anda..ye..saya setuju..beri mereka masa dlm 1-2 tahun lg..mereka memerlukan games yg competitive utk maju. friendly games membantu tp lebih dari segi experiment. ada eloknya kitw privatekan bola sepak kita..serta lebih bagus jika ex-footballer yang jaga hal ehwal bola sepak sbb mereka hanya ada 1 misi, iaitu utk mengembalikan kegemilangan bola sepak kita. utk replace OKS dgn coach lain mungkin 1 tindakan jangka pendek sbb dia sudah kenal ability mereka, berbanding jurulatih import. Calon yang sesuai kalau nk ganti pun Lim Teong Kim, coach skuad muda Bayern Munich.

  2. Adam Eiwan says:

    Beri Mereka masa….ramai daripada mereka masih muda…ada banyak masa lagi…

  3. Ganti aje couch dah sampai masa nya pasukan ini dipimpin oleh jurulatih luar negara yg berwibawa jangan asik salahkan pemain aje sudah lama kita bagi masa pada OKS untuk membentuk pasukan ni hingga berlatih diluar negeri last2 salahkan formasi pula macamana boleh silap formasi sedangkan mereka dah lama dlm satu pasukan dan beliau dikatakan jurulatih profesional, bila kalah itu tak nena ini tak kena pemain tak ikut arahan macam2 lagi. Bagi pandangan saya corak permainan yg diterapkan oleh OKS sama aje tak ada perubahan dari dulu lagi, kalaulah dari dulu lagi pemain ni dilateh oleh jurulatih import saya rasa mereka sudah menunjukan corak permainan yg bermutu dan tidak menghampakan peminat bolasepak negara. Pehak FAM jangan takut nak membuat perubahan demi masa depan negara mereka inilah yg akan menggantikan pasukan kebangsaan yg ada sekarang…fikir2 dan renung2kan lah..

  4. Pesta Jiwa says:

    Memang betul standard kita masih jauh dgn jepun. byk lagi dan jauh lagi perjalanan team kita. kadang2 aku terfikir bila kah akan tiba masa yg dinantikan. aku ingin kembali merasai saat ketika aku masih kecik menyokong team kita di pestabola merdeka. mudah menewaskan team dari eropah. jepun diperkotak katik…aku ingin kembali tgk permainan hantaran dekat dan mudah dari skuad senior dan skuad muda negara kita.

    • it’s up to the coach i think utk tukar approach dia dlm game..kita pun mengharap mereka dpt main modern game, short pass, possession football..kita kena terus berharap sbb standard kita dgn jepun mmg masih jauh tetapi rasanya kita semakin dkt gap antara team2 arab mcm Syria, Bahrain, Qatar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s