Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Untuk post kali ini, penulis berhasrat untuk menulis mengenai ranking bola sepak negara kita. Baru-baru ini menurut senarai ranking terbaru yang telah dikeluarkan oleh FIFA, ranking kita turun lagi ke angka 150, turun 2 anak tangga daripada ranking sebelum ini, iaitu 148.

Pastinya peminat & pencinta bola sepak kita kecewa kerana ranking kita turun. Namun, di mana silapnya??Adakah sudah banyak usaha dilakukan untuk menaikkan ranking kita ataupun FAM tidak ambil kisah tentang kedudukan ranking kita??Dan apa yang harus & wajib dilakukan untuk meninggikan ranking kita?

Penulis melihat sendiri bagaimana jatuh bangun ranking bola sepak kita sejak era zaman gelap bola sepak kita, iaitu pada era lewat 1990an. kita pernah satu ketika berada di tangga ke 160, pencapaian terburuk skuad malaysia iaitu pada tahun 2009. Penulis tertanya-tanya, di manakah usaha yang digembar-gemburkan setakat ini untuk menaikkan ranking kita & apa sudah jadi dengan janji-janji manis itu??

Penulis melihat bahawa pentingnya ranking ini dinaikkan dengan seberapa segera, ASAP. Why?? Kerana ranking kita sangat membantu jika kita diundi dalam mana-mana pertandingan, especially pertandingan besar. Contohnya, sekiranya kita mempunyai ranking yang baik, kita tidak akan bermain dgn chinese taipei ketika kelayakan piala dunia 2014 & boleh mengelak daripada bertemu singapura pada peringkat seterusnya. kita juga ada huge possibility untuk diundi & berada 1 kumpulan dgn 1 @ 2 big team utk kelayakan piala asia nanti.

Penulis merasakan bahawa coach Datuk K. Rajagopal sendiri faham bahawa dgn ranking yang rendah, sukar untuk kita mendapatkan perlawanan yang berkualiti, apatah lagi untuk mendapat perlawanan-perlawanan persahabatan. Di sini, penulis boleh usulkan cadangan yang mampu digunakan untuk menaikkan ranking kita.

Kita harus banyakkan perlawanan persahabatan antara negara-negara lain. Namun ia harus dilakukan secara berperingkat. Penulis merasakan bahawa kita seharusnya create 5-6 perlawanan antarabangsa setahun, daripada sekarang yang hanya ada 2-3 perlawanan setahun. Penulis melihat bahawa selepas kita tewas dgn singapura pada kelayakan piala dunia, itulah titik tolak yang penting utk create more friendlies. Penulis merasakan kita telah kehilangan 2 tahun @  1 tahun setengah masa yang boleh sebenarnya digunakan untuk meningkatkan ranking kita.

Untuk idea ini, kita tidak perlu lawan dengan pasukan-pasukan besar sperti Australia & Japan. Kita lawan dengan pasukan yang taraf rankingnya tidak terlalu tinggi daripada kita. Kita boleh lawan dengan pasukan-pasukan seperti Pakistan, India (dah lawan haritu), Bangladesh, Lesotho. Negara-negara ini mempunyai ranking yang lebih baik daripada kita. Create a home friendly matches, so that crowd boleh dtg & sokong. Apabila menang, kita akan dapat points dan itu akan menaikkan ranking kita dengan cepat. Kita juga boleh melakukan eksperimen dengan barisan-barisan yang baru. ini boleh dilakukan dalam tempoh setahun yang pertama.

Selepas itu, kita teruskan & tambahkan perlawanan persahabatan kepada 6-7 matches setahun. Dengan ranking yang lebih baik, kita boleh ajak pasukan-pasukan seperti Korea Utara, UAE, Armenia, Luxembourg & Faroe Island yang rankingnya sekitar 100-120. Create a home friendly matches, bila menang points akan dpt lebih kerana melawan team yang jauh lebih tinggi daripada kita.

Banyak benefits yang boleh kita dpt drpd buat friendlies. Selain ranking naik jika menang, kita boleh uji pemain-pemain lain, wujudkan kesefahaman & tingkatkan mutu permainan. Lebih baik jika kita dpt lawan dengan pasukan dari pelbagai benua seperti eropah timur, amerika utara, amerika selatan

Comments
  1. AsH says:

    kalau home friednly match, rasanya kita kena byr diorg untuk dtg sini..klau team top2, mmg susah diorg nk pegi..lgpun ranking kita rendah..

  2. shah says:

    susah dari segi pelaksanaan..persiapan pasukan latihan tidak mencukupi..paling susah untuk mendapat team yg hendak bermain dengan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s