Safee sali & kontrak rm 2 juta daripada pelita jaya fc serta impak kepada bola sepak negara

Posted: February 4, 2012 in Sembang-Sembang pasal bola sepak

Assalamualaikum wbt & salam 1 malaysia.

Minggu ini penulis ingin memberi komentar mengenai isu panas yang melanda bola sepak negara..bukan isu panas yang negatif, malah isu panas yang positif. Di sini penulis ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada penyerang sensasi kita, Safee Sali kerana menerima kontrak bernilai rm 2 juta daripada kelab bola sepaknya, pelita jaya fc.

Seperti yang kita tahu, inilah kali pertama kita berjaya melahirkan seorang jutawan menerusi bola sepak. Dengan nilai rm 2 juta itu serta pakej-pakej yang ditawarkan oleh pelita jaya fc, terbukti bahawa bola sepak kita bukan lagi sekadar permainan yang digemari ramai, malah ia telah menjadi inspirasi untuk menjadikan bola sepak sebagai satu industri yang besar.

Belum pernah dalam sejarah bola sepak kita di mana ada pemain-pemain bola sepak yang menerima kontrak lumayan seperti ini. Ketika bola sepak kita dalam zaman kejatuhan, berita-berita seperti Akmal Rizal Rakhli, bekas penyerang kebangsaan yang ditawarkan bermain di FC Strasbourg di Perancis bersama Juzaili Samion menjadi bualan hangat. Tidak ketinggalan berita-berita seperti Fadzli Shaari ditawarkan ujian untuk bermain di kelab di Jerman, kisah Titus James Palani turut menjadi bualan peminat tegar bola sepak kita. Namun, hanya itu yang mampu dibanggakan sebagai pencapaian tertinggi oleh pemain-pemain bola sepak kita.

Penulis masih teringat dalam minggu ini, penuh di dada akhbar menceritakan mengenai safee sali dan kontrak rm 2 juta, serta nasibnya dalam liga Indonesia Super League (ISL) yang belum pasti kewujudannya selepas ini selepas diwar-warkan akan diharamkan. Sehinggakan ada sebuah radio swasta menerusi segmen pagi mereka membincangkan hal ini. Ada yang berpendapat bahawa Safee sali seharusnya pulang ke malaysia, dan tidak menerima tawaran itu kerana dia mungkin tidak boleh bermain mewakili Malaysia jika ISL diharamkan.

Penulis di sini ingin mengambil kesempatan untuk memberi komen mengenai hal ini dan impak kepada bola sepak kita. Penulis berpendapat bahawa keputusan Safee Sali menandatangani kontrak bersama Pelita Jaya adalah keputusan yang tepat. Bagi saya, sekiranya Safee Sali ketika ini menandatangani kontrak bersama team-team di liga super kita, ia adalah satu keputusan yang merugikan Safee dan bola sepak kita. Ia ibarat mengundur ke belakang di mana kita seharusnya move forward in our life. Safee Sali tidak menerima tawaran daripada Pelita Jaya secara membabi-buta hanya kerana rm 2 juta, malah ada keputusan yang penulis fikirkan telah dibuat secara tepat oleh Safee sendiri. Pertama, Pelita Jaya FC mempunyai beberapa hubungan secara kontrak dengan kelab luar negara di mana hubungan ini membolehkan Safee dihantar untuk bermain di sana. Pelita Jaya dikatakan mempunyai hubungan dengan Brisbane Roar, kelab di liga Australia, sebuah kelab division dua di Belgium serta sebuah kelab di Uruguay. Oleh itu, bagi fahaman penulis, jika ISL diharamkan sekalipun, kareer bola sepak Safee masih boleh diselamatkan kerana adanya kelab-kelab ini dimana Safee boleh dihantar bermain di mana-mana kelab di atas. Bukan itu sahaja, kelab Pelita Jaya juga mempunyai hubungan yang baik dengan kelab luar negara lain seperti Ajax Amsterdam, Flamengo di Brazil serta Leicester City FC. Ini sekaligus membuka ruang buat Safee untuk bermain di luar negara. Kesemua ini tidak mampu ditawarkan oleh MANA-MANA kelab bola sepak di MALAYSIA. Jadi mengikut fahaman saya, inilah faktor utama yang menyebabkan Safee Sali memilih untuk kekal bersama Pelita Jaya FC.

Kita tidak perlu bincangkan isu-isu seperti pakej-pakej lumayan yang diberikan kepada Safee kerana he deserve it as a captain of the club. Malah, jangan disoalkan kemampuan Pelita Jaya FC membayar dan memberi tawaran yang lumayan, kerana kelab Pelita Jaya FC, walaupun namanya tidak segah Arema Malang atau Persib Bandung, ia mampu menarik ramai penyokong ke stadium. Ibaratnya mereka boleh hidup dengan jualan tiket sahaja kerana stadium mereka sentiasa penuh. Mereka terus menyokong pasukan mereka walaupun pasukan mereka kalah, kerana jatuh bangun sesebuah pasukan juga bergantung kuat kepada sokongan penyokong. ini yang harus dicontohi & dipelajari oleh penyokong Malaysia.

Keputusan Safee Sali untuk menandatangani kontrak bernilai RM 2 juta ini juga memberi impak yang positif kepada bola sepak kita. Pertama, kita sudah mampu melahirkan jutawan menerusi kerjaya bola sepak. Kedua, ia akan meningkatkan lagi semangat pemain-pemain untuk memburu tempat bermain di luar negara. Ketiga, imej bola sepak negara akan mula dipandang tinggi. Dahulunya orang mengatakan bermain bola sepak tidak mampu menjamin masa depan. Sekarang, kita sudah ada jutawan bola sepak. Mungkin selepas ini kita mampu melahirkan lebih ramai lagi jutawan bola sepak selepas ini. Yang terakhir, bola sepak kita sudah mula bertukar menjadi industri yang mampu menguntungkan pembangunan bola sepak serta imej Malaysia sendiri. FA negeri seharusnya tidak menyekat peluang pemain star mereka bermain di luar dengan meletakkan klausa kontrak yang tinggi. Sebaiknya mereka melepaskan pemain bintang mereka berhijrah ke luar negara dan develop lebih ramai bintang bagi menggantikan pemain utama mereka. itulah yang dinamakan pembangunan bola sepak.

Penulis juga terbaca yang khabarnya Safee Sali menolak tawaran daripada Cardiff City FC, di mana dia ditawarkan bermain di sana dengan syarat dia harus bermain di kelab-kelab lain dahulu bagi mendapatkan permit sebelum boleh bermain di Cardiff City FC. Penulis merasakan Safee menolak tawaran ini atas faktor usia. Safee Sali telah berusia 28 tahun, jadi bukan mudah baginya untuk mendapat tempat bermain di Eropah di mana ia banyak dikuasai oleh pemain-pemain muda yang sudah berkembang bakatnya. Lagipun, tidak ada jaminan yang kukuh untuk Safee bermain dengan kerap. Safee memilih untuk bermain dengan kerap dan bukannya berada di kelab eropah tetapi hanya memanaskan bangku simpanan sahaja.

Semoga dengan kejayaan ini bakal membuka ruang kepada lebih ramai pemain bola sepak yang handal seperti Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha serta Khairul Fahmi Che Mat untuk menjadi the next million dollar man in Malaysia. Come on guys, bila lagi nak jadi jutawan??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s