My first post: semangat penonton bola sepak malaysia

Posted: January 18, 2012 in Sembang-Sembang pasal bola sepak

Assalamualaikum..

ini adalah nukilan saya yang pertama, jadi saya ingin menulis mengenai semangat penonton bola sepak malaysia. umum mengetahui bahawa liga super & liga premier kita baru bermula. setakat ini telah berlangsung 3 perlawanan bagi kedua-dua liga. yang menarik perhatian saya di sini adalah berkaitian dengan semangat penonton bola sepak malaysia sekarang ini.

jika kita imbas kembali, jarang kita lihat stadium2 negeri dibanjiri dengan penyokong yang ramai, sewaktu bola sepak negara kita mengalami zaman gelap. stadium banyak yang kosong. yang penuh pun cuma di sesetengah negeri seperti di selangor, kedah, perak (pernah juga tak ramai), kelantan & terengganu. jawapan utama kepada persoalan di atas, iaitu kenapa tidak ramai penonton ialah pasukan bola sepak negara kita tidak mencapai tahap yang boleh dibanggakan.

namun sekarang, sejak kita meraih beberapa pencapaian yang membanggakan, seperti pingat emas sukan sea 2009, juara AFF 2010, pingat emas sukan sea 2011, bermain di kelayakan olimpik (kita satu-satunya team south east asia yang layak) serta karier safee sali yang meletup di indonesia menyebabkan semakin ramai penyokong turun membanjiri stadium.

contohnya, saya masih ingat lagi ketika pahang lwn terengganu di separuh akhir piala FA 2011, stadium pahang yang jarang penuh sejak mereka menjuarai liga super dulu penuh, dan menaikkan semangat pemain untuk bermain dengan bersungguh-sungguh. walaupun tewas 2-3 (even pahang dah lead pun 2-0) tapi dengan sorakan penyokong, mereka bermain dengan baik dan mempamerkan hantaran yang berkualiti.

so di sini, penyokong memainkan peranan yang sangat penting. disebabkan sokongan yang tinggi, pemain akan bermain bersungguh-sungguh, dengan kehadiran penyokong yang ramai membolehkan FA negeri mengaut keuntungan dari segi jualan tiket, dan membantu mereka membayar gaji pemain tanpa tunggakan. ini kerana di malaysia, kekuatan kantung FA negeri banyak bergantung kepada penjualan tiket. so kalau nak jual tiket dengan banyak, kena la main bagus, main cantik, baru penyokong datang tengok. satu lagi ialah penyokong akan hadir beramai-ramai bila pasukan mereka masuk final piala FA or Piala Malaysia.

fenomena ini masih ada dan saya rasa ia fenomena yang boleh membunuh bola sepak. sebab jika mereka hadir semata-mata untuk menyaksikan permainan yang baik, bayangkan jika mereka off-form dan tidak bermain seperti yang dimahukan, masa depan pemain boleh gelap dengan mudah. penyokong kita tidak ramai yang memiliki mentaliti seperti penyokong di EPL, di mana jika kita lihat, hatta pasukan yang corot sekalipun, mereka mampu menarik crowd yang ramai utk ke stadium. kenapa?kerana mereka mempunyai semangat kesukanan yang tinggi, semangat untuk terus menyokong tak kita apa keadaan sekalipun. sebab tu jgn terkejut bila tengok penyokong EPL menangis bila jatuh division sebab they love their team so much yang mana sifat ini belum ada dalam majoriti penyokong bola sepak kita.

tetapi, setakat ini sudah ada beberapa kelab penyokong di malaysia seperti di perak, selangor, terengganu & kelantan yang mana mereka teta menyokong pasukan walau apa pun terjadi. ia satu petanda yang baik namun harus di cambahkan semangat ini kepada penyokong pasukan lain juga seperti PKNS, Kuala Lumpur. moga-moga selepas ini makin ramai kumpulan2 sebegini dalam pasukan negeri lain untuk menunjukkan kecintaan kepada pasukan mereka. sokonglah bola sepak kita!!kitalah penambah perisa dalam asam garam bola sepak kita..

sekian,

Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s