Posts Tagged ‘perubahan formasi 4-4-2’

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.

Minggu ini penulis ingin berkongsi pendapat untuk sembang bola eropah pula. Tetapi jangan risau, bola sepak Malaysia akan tetap dibincangkan.

Tajuk di atas mungkin telah diulas dengan panjang lebar oleh penulis bola sepak terkemuka dunia, namun penulis ingin juga berkongsi pendapat, tak kisah sama ada sudah diulas atau tidak.

Bola sepak semakin berkembang, terutamanya dari segi taktikal. Era 1990an mula menunjukkan perkembangan pesat terhadap taktikal bola sepak, terutamanya dari segi formasi dan pemain yang merencanakan taktikal tersebut. Taktikal 4-4-2 adalah antara yang kerap kali digunakan dan masih digunakan hingga kini, cuma yang membezakan adalah dari segi bagaimana ia berubah dan bergerak ketika menyerang dan bertahan. Juara eropah 1999, Manchester United mempamerkan taktikal 4-4-2 dengan berkesan dengan menggunakan sepenuhnya kehebatan dan ketelitian hantaran lintang sama ada byline ataupun deep daripada Beckham dan Giggs, yang mana dilihat ada lesen untuk menyusup dan bergerak dalam kotak penalti sebelum membuat hantaran lintang. Namun jangan dilupa 2 jeneral tengah mereka, Roy Keane dan Paul Scholes yang mana Roy Keane adalah pemain yang mempunyai attributes ball winning midfielder dan Paul Scholes selaku advance playmaker, membawa bola daripada tengah dan membuat hantaran sama ada ke arah sayap atau terus ke penyerang.

Dalam era kini, inovasi ini masih wujud, cuma formasi yang digunakan berlainan. Formasi asas 4-5-1 digunakan kerana mudah diubah berbanding 4-4-2 dan memberi extra cover ketika bertahan. Barcelona adalah contoh terbaik walaupun kadang kala bermula dengan formasi 3-4-3. Gandingan Xavi-Iniesta dengan dibantu oleh Sergio Busquests menjadikan bahagian tengah mereka ampuh dengan ketiga-tiga mereka mempunyai role yang spesifik, dengan Xavi selaku advance atau deep lying playmaker, Iniesta selaku attacking midfielder dan Busquests selaku anchor man.

Mungkin ramai yang menganggap gandingan ini hebat, sama hebat seperti Paul Scholes dan Roy Keane, Genarro Gatusso, Massimo Ambrosini dan Andrea Pirlo, Lampard dan Makalele dan pelbagai gandingan lain tetapi eksperimen yang boleh dibuat di sini adalah Xabi Alonso & Cesc Fabregas yang boleh menjadi gandingan yang sensasi seperti Xavi & Iniesta. Kenapa?

Ini sebabnya. Kerana kedua-dua mereka sudah biasa bermain seperti Xavi dan Iniesta, walaupun tidak pernah bermain bersama di peringkat kelab. Xabi Alonso dahulu menyinar dengan adanya Gerrard dan Mascherano, manakala Fabregas dan Alexander Song juga beraksi cemerlang dengan role masing-masing. Gerrard lebih kepada membuat attacking run, Mascherano tinggal di bawah melakukan dirty job manakala Xabi Alonso menjadi penghubung antara bahagian tengah dan serangan dengan hantarannya. Manakala Fabregas pula seorang pemain yang boleh bermain role Xavi & Iniesta, walaupun dia lebih kepada Advance Playmaker kerana dibantu juga oleh pemain seperti Wilshere dan kerjanya lebih mudah kerana kesemua pemain Arsenal mengamalkan sistem roaming from position.

Jika digandingkan kedua-dua mereka ini, pastinya memberi kesukaran kepada pertahanan kerana Xabi Alonso adalah pemain yang membuat hantaran dari bawah kehadapan ataupun memberi hantaran kepada Fabregas untuk dia membuka pertahanan lawan. Kelebihan lain adalah kedua-duanya mempunyai vision dan creativity yang hebat dan bonus point adalah mereka mungkin tidak memerlukan pemain bertahan tengah seperti Busquests, Javi Martinez atau John Obi Mikel kerana Xabi juga mampu menjadi pemain tengah bertahan dan juga boleh switch dan berfungsi selaku deep lying playmaker dalam masa yang sama, dengan Cesc Fabregas terus menerus menekan pertahanan lawan dengan hantaran yang cantik ke arah penalty box lawan.

Namun ada juga kelemahan bagi kedua-dua gandingan ini, iaitu mereka bukanlah penjaring gol yang boleh diharapkan, tidak seperti Xavi dan Iniesta yang boleh menyusup ke dalam penalty box kerana mereka lebih kepada menjaga posisi masing-masing, terutamanya Xabi Alonso dan dengan usianya, agak sukar bagi Xabi untuk mengubah corak permainannya untuk naik ke atas, walaupun sudah ada pemain seperti Busquests mengawal back four.

Kesimpulannya, mungkin pasukan Sepanyol di bawah kendalian Vicente Del Bosque ini sudah ada perancangan seperti ini dan mungkin akan menggunakannya di kala pasukan ini kerap kali tidak bermula dengan baik di awal pertandingan kerana gerakan dan gandingan Xavi-Iniesta semakin lama semakin mudah dibaca dan sudah ada taktikal untuk mengatasi permainan mereka. Mungkin Xabi Alonso-Cesc Fabregas menjadi penyambung legasi tiki-taka yang diubah suai? Tunggu dan lihat