Posts Tagged ‘formasi 4-4-2’

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Seperti yang semua tahu, pasukan Harimau Muda kita telah tewas baru-baru ini kepada Jepun 4-0. Timbul cakap-cakap mengenai orang ramai yang tidak berpuas hati dengan permainan Malaysia malam itu. Ada yang mengatakan bahawa Jepun pasukan yang sangat bagus & standard kita masih jauh jika dibandingkan dengan mereka. Ada yang berpendapat pemain bermain dengan teruk, passing tak betul, 1st touch tak kemas, ada juga yang mengatakan coach Ong Kim Swee tersilap taktik ketika menggunakan formasi 4-4-2 malam tu, yang mengakibatkan bahagian tengah hancur. Namun semuanya sudah berlalu. Tiba masanya kita renung kembali, apa yang perlu di buat selepas ini.

Selepas kita tewas baru-baru ni, penulis merasakan bahawa sudah tiba masanya intensity pembangunan bola sepak di Malaysia dipercepat dengan kadar segera. Kita lihat sendiri bagaimana permainan Jepun di separuh masa kedua. Mereka tidak takut untuk menyerang, membuat gerakan yang menarik serta mampu menjaringkan gol. Mereka kelihatan mantap dari segi teknikal seperti 1st touch & ball control dan bergerak dengan cemerlang dari segi taktikal. Mereka bergerak dan menghantar bola dengan kemas, serta menerapkan possession football dalam permainan mereka.

Persoalannya sekarang, apa perlu kita buat sekarang? Perlukah kita hantar kembali mereka ke Slovakia utk training? Mampukah mereka berkembang apabila bermain di Liga S? Haruskah kita develop player2 muda kita?Penulis merasakan bahawa sangat banyak persoalan yang tak mampu dijawab ketika ini kerana ia terlampau banyak. Namun, penulis merasakan bahawa sebenarnya ada sinar kebangkitan dalam permainan bola sepak kita sebenarnya, cuma ada penambah baikan yang perlu dilakukan dengan segera.

Pertama ialah tumpu & kemaskan 1st touch, ball control & passing. Apa yang dilihat ialah apabila 1st touch tidak kemas, maka mudah bagi opponent untuk merampas bola, lebih2 lagi apabila mereka buat man marking & dipressure oleh pihak lawan. Ball control juga sama penting dengan 1st touch. Bagi passing, sebenarnya kita ada 3 players yang memiliki kreativiti yang mantap, iaitu nazmi faiz, gary steven & irfan fazail. Cuma kita perlukan more thinking players dalam padang yang boleh buat decision dengan tepat & pantas. Ia boleh dibantu dengan permainan kreatif oleh pemain sayap & striker seperti wan zack haikal, wan zaharul nizam & syahrul azwari.

Kedua, penulis merasakan bahawa dari segi bertahan, kita perlu mantapkan bahagian pertahanan kiri & kanan. Apa yang dapat diperhatikan ialah pertahanan kiri & kanan kerap kali caught off guard & off position. Jika dilihat kembali, kebanyakan gerakan pasukan Jepun & game2 lain juga, kita banyak diserang di bahagian sayap. Mungkin boleh dicuba kaedah zonal marking di bahagian kiri & kanan serta protect their own area serta kekalkan man-marking di bahagian pertahanan tengah.

Ketiga ialah untuk pembangunan jangka panjang. Kita sebenarnya masih lagi kekurangan akademi bola sepak. Kewujudan Piala Presiden tidak dinafikan membantu namun kita perlu develop players di usia yang awal lagi. Kita ada akademi SSBJ, SSBP, Akademi Bola Sepak Al-Hamra di Kelantan serta Akademi Bola Sepak Terengganu. Ada juga akademi2 lain di lembah kelang namun persoalannya apa yang terjadi kepada bakat-bakat itu? Di sini FAM patut turun padang, bukan sahaja di sekolah2 malah di private2 akademi supaya mereka boleh di push utk bermain di Harimau Muda B. Di situ mereka boleh bermain & bersaing secara kompetetif. FAM juga perlulah dengan KERAP menjemput coach-coach luar negara untuk menjalankan scouting di sini & pilih anak-anak muda yang berbakat untuk dibawa. Kita sudah ada Kumaresan yang dibawa ke kelab terkemuka, Cruzeiro di Brazil. Kita perlu produce lebih ramai lagi talent-talent muda kita.

Penulis juga menyanjung tinggi semangat Ultras Malaya yang terus menyokong di SNBJ walaupun tewas 4-0. Sebenarnya ada potensi untuk pasukan kita maju cuma masa yang akan menentukan. Ingat, sebelum Sir Alex Ferguson berjaya seperti sekarang, dia TIDAK memenangi sebarang trofi untuk Manchester United selama 5 TAHUN! Bukan senang untuk bina empayar..

Quote for our supporters

“Sebelum mampu untuk berlari pantas, adalah biasa kita terjatuh”

“Jangan bersorak ketika menang kalau tak mampu menyokong ketika kalah….”

Selamanya Harimau Malaysia! Selamanya oh Malaysiaku!

Keep the faith!